Blog Baru

Blog Baru
Jemput Melawat

Sayonara~
Assalamualaikum, ucapan selamat ke atasmu saudara ku.

Ketahuilah kamu, bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan ketahuilah kamu juga bahawa hanya kepada-Nya lah kita akan kembali.

Diciptakan kita An-Nas yang leka dan lalai, tidak lain selain untuk menyempurnakan satu tugas yang hakiki, yang jelas sejak azali.
Demi sesungguhnya, kita adalah umat pertengahan, "ummatan wasotan", yang memikul beban dakwah seberat isi dunia ini.
Ketahui jugalah kamu, bahawa andai beban dakwah ini disembunyikan, kebenaran ini diselitkan dari pengetahuan, maka demi sesungguhnya, kita adalah dalam kalangan orang yang PALING ZALIM.

Hakikat kehidupan, pasti wujud penyesalan, rasa kecewa yang menggubah duka menjadi punca putus asa. Ya Allah tuhan sekalian alam, lindungilah kami dari sifat-sifat ini, moga kami tidak tergolong dalam orang-orang yang mendustakan agamamu.

Sesungguhnya, telah datang kepada kamu bukti-bukti kebesaran Allah, yang mana setiap yang Dia hidupkan PASTI akan mati. Hakikat setiap permulaan bakal akan ada pengakhirannya.
Menjadi lumrah manusia, segala perkara seronok dan gembira, pada mulanya.
Namun ketahuilah kamu bahawa segala perkara sedemikian tidak akan kekal lama.
Helang yang beterbangan di angkasaraya, pasti akan pulang ke tanah berteduh dari panas Sang Suria.
begitulah sunnatullah, tiada satu perkara yang kekal selamanya.

Jelas kalimat2 dari Ar-Rahman, hidup dan mati ini dicipta untuk menguji keimanan hamba-Nya.(Al-Mulk, 2). Maka mengapa perlu kita gadaikan iman untuk kesenangan?
Persoalan antik buat manusia unik.

Ketahuilah juga kamu, bahawa setiap ruang masa yang ada, adalah ujian buat insan.
Maka tidaklah terbit dari benak hati ini perasaan lain, melainkan rasa takut cuai dalam bekerja.
Entah kenapa, tulisan yang lalu walau sudah bermakna pengakhiran cerita, hati ini mahukan bait-bait kalimah yang jelas, penyataan tamat.
Maka terlaksanalah niat itu dengan penulisan kali ini, pengisytiharaan rasmi penutup tulisan.
Wallahu'alam.

Moga-moga Allah memberkati setiap udara yang dihirup dan nafas yang disedut.
Aameen.
Link ke blog baru:
www.rindu-seorang-hamba-blogspot.com


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Salam alayikum.
Ucapan salam dan sejahtera ke atas kamu saudara seaqidahku.
Ketahuilah Al-Quran itu adalah kalam dari Allah, yang padanya tidak terdapat sebarang keraguan. Maka fahamilah, betapa kitab itu sangat berat, sehinggakan runtuh berkecai gunung-gunung(Al-Jibal) dek tak tertahan besarnya tanggungjawab itu. Dan peganglah kitab itu dengan kuat, nescaya kamu selamat.

Perkhabaran penuh kudus yang ingin diilhamkan bukanlah perkhabaran besar, yang mana dengan
lesapnya ia tiadalah akan membawa sebarang duka nestapa. Namun perkhabaran ini lebih untuk diri, untuk mengingatkan iman bahawa tapak yang dipijak disini hanyalah lumpur-lumpur sebaik hujan, tidak pejal, tidak teguh.

Perkhabaran bahawa perlunya wujud satu titik perpisahan, yang jelas laksana langit membiru, antara kejahilan dan ke'siddiq'an. Bagaimana keduanya tidak boleh bersatu, jauh sekali bergaul sekali.

Ketahuilah kamu, pernah ada kaum sebelum mu, yang mengaku menjadi saksi kepada kebenaran, tapi pengakuannya tidak diterjemahkan dalam perbuatan. Penyaksian kebenaran itu, bukanlah perkara kecil, sebaliknya merupakan nadi dan jantung agama. Bagi mereka yang menyembunyikan yang HAQ itu, maka merekalah orang-orang yang PALING zalim.

Wadah penyampai kesaksian ini juga, tidaklah wajar didasarkan dengan kebatilan, dan demi sesungguhnya, diri ini mengakui laman ini asalnya dicipta sememangnya bukan bernaung atas niat yang haq.
Dikhuatiri, wujudnya fitnah bila akar pokok bukan berbunga, tapi berputik dari dahannya si melur yang sunyi.
Maka dirasakan lebih elok sekiranya melur yang seharum kasturi, berputik dari akar yang betul.

Maka dengan ini terpisahlah 2 entiti haq dan batil dari percampuran, malah bakal diasingkan dan disingkirkan, mana yang tidak perlu.
Bersaksilah kamu hakikat berakhirnya penulisan aku di laman ini, setelah sedar aku punya tanggungjawab yang sangat besar.
Biiznillah.



- Posted by Blog-owner Aqmin

Location:Northumberland Rd,Southampton,United Kingdom



Terima kasih dunia.
Aku cukup terpesona.
Kau beri aku bahagia.
dalam diam tak kusangka aku dalam duka.

Aku ketawa
Tatkala iman didada ditikam dan dicincang
Dikunyah dek kemodenan yang menerpa

Aku nyenyak berdengkur
Sewaktu engkau sediakan 'racun' untuk esok
Supaya aku akur dengan keduniaan
yang sia-sia

Aku terlupa suruhan tuhan
Aku tertinggal bebanan badan
Aku pinggirkan matlamat kehidupan
Aku telan segala 'buah' yang kau hulurkan

Aku serik disumbat karya bohongmu
Aku tak tertelan segala nista durjana
Aku tak rela menghadam daging neraka
Semata mata memenuhi tuntutan engkau, wanita tua

Mengalir lesu air mata
Kekesalan yang kurasa.
Tapi rupanya lakonan semata.
Kerana engkau membuat aku lupa.

Sedih konon kata hati
Dek kejahilan yang meraja diri.
Tapi apakan daya hati ini
sudah ditawan nafsu diri
Menipu iman yang menyendiri
Hari demi hari aku lupa akan cinta hakiki

Ya Allah kau jagalah hati ini
Jangan dibiar dikepung nafsu
Jangan dilepas meracuni akal
Kau tutuplah dunia yang durjana
Jangan sampai aku terpesona
Lalai dan leka hingga terpedaya

Dan engkau dunia
Pergilah dari hatiku
Sesungguhnya tidak aku dambakan nikmat mu
Sungguh, tidak aku mimpikan kasihmu
Aku tahu kau hanyalah sementara
Cintamu tak kemana
Nikmatmu hanya seketika









Quran ditinggal, sedangkan itu khazanah tuhan


فَوَاللهِ الَّذِي لا إل هَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ هِ
الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَ هُ
وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )).
رواه البخاري ومسلم.
Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak
lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim

.
.
.

Mungkin rata-rata hadirin sudah merah mata melihat dan membaca hadis ke 4 dalam hadis Arba'in ini, namun bagi saya hadis ini sangat-sangatlah 'sentap'.
Jom kita fikirkan sejenak.

Pecahan Pertama
kalau kita hendak makan nasi lemak, kita mempunyai 2 pilihan.
satu, pergi kedai, beli santan, beras etc2, masak sendiri.
dua, pergi rumah kawan, ulang nasi lemak 1000000 kali. iA dia akan masakkan untuk kita.

tapi secara logiknya, kalau kita benar-benar inginkan nasi lemak, pilihan satu adalah pilihan yang lebih certain. yang lebih 'pasti'. Setengah member, kita ulang 99999999999 kali pun die buat dek je... so kalo taknak kecewa, kita pegi kedai, beli. pastu masak. selesai. puas hati.

Pecahan Kedua
Engkau perlukan ayam tandoori untuk makan tengahari. tengok2, poket kosong. tak cukup duit. Ada banyak alternatif. Satu, carik atm machine, kuar duet. dua, call member, suruh datang anta duit. tiga, bodek brother yg jual tu, mintak hutang. 4, doa kat Allah, biar brother tu tengok muka ko sejuk hati, kasik diskaun. dan sebagainya.
Nak certain, selamat, pasti, bek amik opsyen pertama. tak rasa tension kalo member wat hal, tak rasa malu kalo kne marah ngan brother ayam, tak kene pukul ngan 'along' sbb berhutang.


Cantuman terakhir
Kedua-dua situasi di atas menunjukkan bagaimana kalau dalam kehidupan seharian, kita akan lebih selesa, suka gembira, yakin, dsb apabila kita melakukan sesuatu SENDIRI. bukan mengharap pada orang lain. Takut nanti dikecewakan. Takut nanti hati panas kita sroh lain, lain dibuatnya. Takut rasa malu nak susahkan org lain. Pendek kata, buat sendiri lagi best, lagi senang, lagi puas hati.


.
.
.

Tapi dalam kehidupan, kita tak boleh guna sikap ini. Terutama bila berhadapan dengan hubungan dengan Allah.
Kalo ikutkan, semua orang nak masuk syurga.
Susah kan kalo nak harap someone else yg menyebabkan kita masuk syurga?
kan lagi senang kalau kita beramal bnyak2, biar cukup untuk masuk syurga?
Tapi ingatlah, sebanyak manapun amalan kita, takkan cukup untuk membalas segala macam rahmat yang Allah telah kurniakan.
Seseorang itu akan hanya dimasukkan kedalam syurga DENGAN rahmat Allah.
bukan disebabkan beratnya amalannya.
Sebab itulah, kalaupun kita banyak beramal, tak tentu lg masuk syurga.
Tapi ini bukan satu argument untuk tak payah beribadat.
tapi sebaliknya.
Kita yakin Allah takkan berlaku zalim.
Maka andai kita 'berhak' mendapat jannah-Nya, maka iA kita akan.
tapi nauzubillah, andai kita tidak 'layak', maka kita akan ke neraka.
Tapi segala-galanya di tangan Allah. dengan mudahnya Dia boleh membuat seseorang yang 'alim dan abid masuk neraka, boleh juga dibuatnya seorang penzina dan raja maksiat ke syurga, dengan kehendaknya, seperti yang dinyatakan dalam hadis diatas.

.
.
.


Apa yang cuba ditunjukkan, adalah hakikat betapa lemahnya kita, sehinggakan kita tidak empunya kuasa untuk menentukan dan mendapatkan kehendak sendiri.
Kita 'terpaksa' mengharap padanya agar diberikan rahmat dan berkat yang sebenarnya tidak pernah putus seperti air yang meleleh di mulut-mulut paip tanpa henti.
Sedarlah, kita LEMAH.
Yakinilah, kita HINA.
Fahamilah, kita SEMEMANGNYA LEMAH!

.
.
.


Hadis ini selalu aku jadikan pengajaran, terutama di saat tidak keruan hati membisu jiwa bercelaru. Untuk aku fahami, aku sebenarnya sangat lemah hina dan nista, hanya mampu mengharap padanya. Maka segala urusanku yang bukan kerana-Nya, adalah sia-sia, dan tidak berguna LANGSUNG.


Betapa selalunya perkara sebegini menjadi amalan harianku

Betapa sesungguhnya terlalu lama aku 'tidur' dari tugasku

Betapa sebenarnya aku umpama seorang hamba hina yang tidak amanah pada tugasnya.

Betapa hakikatnya, perbuatan yang tidak dilakukan kerana-Nya adalah SIA-SIA.

Oleh itu, hati-hatilah, jangan nanti terhenti sebelum mengerti.