Siapa kita huh? Kenape? tak knal ke diri sendiri?
A'ah. Memang ramai sesangat yg tak kenal dengan diri sendiri. Besar kemungkinan diri penulis sendiri. Bila kita nampak sesuatu yg kita inginkan, jarang sekali kita menilai kembali diri ini. Jarang sekali kita periksa had dan kapasiti seorang muslim sejati. Jarang sekali kita tanamkan dalam hati sifat husnudzon walhal itulah sifat yg perlu ada kalau kita tidak pasti.
Ya, memang benar, dewasa ini berkat hidayah Yang Maha Esa, alhamdulillah sudah ramai yg sedar akan tanggungjawab masing2 sebagai khalifah Allah. Tetapi nilailah kembali, sama ada kita sekadar sedar akan tanggungjawab itu sahaja atau kita memahami sepenuhnya. Seperti dalam MYC(peserta2 rasenye dah 'masak' dengan term nie) "berbeza tahu dan faham". Syukur, ramai yg dah tahu tanggungjawab Amar Ma'ruf Nahi Miungkar. Tapi adakah kita melaksanakannya dengan penuh hikmah. Adakah kita melaksanakannya sebagai seorang manusia yg juga hamba Allah? Atau kita laksanakannya seperti "tuhan"? Kita jatuhkan hukum sini dan sana? Kita kata org tu jahat orang nie baik? renungkanlah. Kita manusia. Bukan Penghukum tapi Penyeru.
Bak kata Syed Qutb(bukan Sayed ekk) -lebih kurang maksudnya-"Manusia bertanggungjwab melakukan amar ma'ruf Nahi Mungkar, bukan menyatakan Ma'ruf itu pahala dan Mungkar itu dosa. Itu kerja Allah yg Maha Esa." Jadi, Siapa kita? Manusia @ siapa? Hamba @ tuan? Check balik diri sendiri. Besar kemungkinan Allah telah anugerahkan hidayah-Nya kepada kita, cuma kita masih belum memahami maksud-Nya. Allah timbulkan dalam hati kita rasa kasih dan sayang kepada teman seperjuangan. Allah timbulkan perasaan inginkan tertegaknya kalimah Allah di bumi KYUEM. Allah timbulkan perasaan membara dan bersemangat waja untuk kita berdakwah! Alhamdulillah. Tp jangan lupa. kita manusia biasa. kita masih hamba Allah yg Maha kuasa.
jadi marilah kita periksa kembali modus operandi yg telah kita sama-sama laksanakan. Benar. Ada yang menyatakan perlunya KETEGASAN dalam berdakwah. perlunya UMAR AL-KHATTAB yg ditakuti dan dihormati. Perlunya wujud insan yg begitu signifikan dalam mata masyarakat, sehinggakan tiada kemungkaran yg berani dilakukan dihadapannya. Benar. Kadangkala itu perlu. Tapi kita perlu mengikut situasi dan tempat. Bak kata seorang teman, kita kene ikut "waqi' " setempat.
Waqi' kalau tak silap menurutnya bermaksud keadaan masyarakat. Cara kehidupan, pergaulan, dan sebagainya. Bagaimana semua ini akan sedikit sebanyak mempengaruhi cara dan metodologi yg sebaiknya. Ingat tak "Thabat Wal Murunnah"? Tetap dan anjal? ha, itulah dia Islam. Sangat sempurna. Untuk semua golongan di semua tempat, pada bila2 masa. Indahnya Islam. Subhanallah. Jadi untuk tahu samaada cara dakwah kita sesuai atau tidak, kenalah rujuk dengan Waqi' setempat. Kene lah gunekan segala sumber yg ada untuk mengetahui situasi masyarakat.
Contohnya. Untuk berdakwah kepada masyarakat KYUEM, kita kena memahami mereka dulu. Gunakan segala sumber yg ada. Rujuk pada cikgu2, tanya ustaz&ustazaah, and paling elok, join masyarakat dulu. Setelah kita memahami barulah kita senang difahami. Dan ingatlah, setiap orang itu berbeza2 pandangannya, dan berbeza2 jugalah kaedahnya.
Pernah seketika dahulu, Rasulullah SAW didatangi oleh beberapa sahabat. Para sahabat datang seorang demi seorang, bertanyakan satu soalan yang serupa, yakni 'apakah amalan yg paling elok'. Kepada seorang sahabat, Rasulullah bersabda, "Taatlah kepada ibu bapa", tapi kepada seorang sahabat lain, Rasulullah bersabda, "Jihad Fi Sabilillah" dan sahabat lain pula
lain jawapan Baginda. adakah ini menunjukkan Rasulullah itu tidak tetap pandangannya? TIDAK!! tetapi itulah buktinya "Thabat Wal Murunnah" nya Islam ini.
Maka, sekali lagi, penulis ingin menyeru kepada semua teman yg tersayang. perjuangan kita masih jauh. beribu2 batu jauhnya. Jangan kerna sekali kita terjatuh maka terus kita mengeluh. Jangan hanya kerna sekali kita tewas, maka tiada lagi harapan yg melangit luas. Manfaatkanlah masa muda kita dan pelajarilah daripadanya. Ingat satu perkara, kita manusia biasa. Yang hina. Yang tidak bermaya. Jangan mudah berprasangka. Berhusnudzonlah. Dakwah itu bermula dari dalam hati nurani. Hasilnya diterjemah dalam perilaku yg suci. Dan kemudiannya akan bercambah menjadi sikap dan tabiat yang berkekalan sepanjang hayat. Insya-Allah.

"Rabbana La Tuzigh Qulubana Ba' Daizh Hadaitana Wahablana Mil Ladun Karahmah. Innaka Annta Al Wahab"
Dan kepada mereka yang merasakan tidak tergolong dalam golongan yang 'menyeru' ini. Kepada mereka yg barangkali lebih gemar bersama teman berbanding bersama tuhan. Kepada mereka yang barangkali sibuk dengan tanggungjawab sebagai seorang manusia yang segak bergaya dan berwibawa di dunia, janganlah lupa, kita semua sama sahaja. Manusia hina, hamba yg tidak bermaya di mata Yang Maha Pencipta. Jangan sesekali kita tinggalkan Islam, semata2 untuk tampak gah di dunia. Kerna semua itu hanya sementara belaka. Tidak empunya pengkhiran yang berkekalan selamanya. Ingatlah, kita SEMUA SAMA SAHAJA. JADI TIADA SEBAB MENGAPA AMALAN KITA PERLU BERBEZA. TIADA SEBAB MENGAPA KITA LEBIH dari yang lain. Melainkan kerna Iman dan Amalan kita di mata Allah. Fikir2kanlah.....
6 comments:
Iman said...
aqmin,betulkan ejaan.kot2 mengconfusekan org. "rabbana la tuzigh (huruf ghin inst of khof)qulubana..." dan "min ladun karahmah" boleh ditulis mcm ni "mil ladunka rahmah" kot.kalau the spelling sounds and looks nicer.hehe
boleh masukkan ayat quran
"innaka la tahdi man ahbabta walakinnallaha yahdi may yasyaa."
maksud:
sesungguhnya tidaklah kau (manusia) memberi hidayah kpd org yg kau suka, akan tetapi Allahlah yg memberi hidayah kepada sesiapa yg dikehendakinya.
AdaptingChange said...
Thanks Iman.. Insya-Allah akan dibetulkan.. Syukran.. Jazakallah..
Muhammad Za'im Mohamad Yusoff said...
Salam
Alhamdulillah!
Biiznillah!
Erti hidup pada memberi
Kalau nak memberi mesti mempunyai
Dengan membaca antara cara mempunyai
Maka
Setelah membaca baru mempunyai
Setelah mempunyai barulah boleh memberi
Setelah memberi barulah hidup makin bereerti
=)
Sheikh, erti 'membaca' itu besar maknanya, kalau tak masakan 'Iqra' ayat pertama diturunkan!
=)
Biiznillah!
Milik Allah swt semata!
Tahniah Aqmin!
Alhamdulillah!
Anonymous said...
thats true..
just be urself dlm brdakwah..kalau kita rock..ape salahnya rock dlm berdakwah juga..x yah tetibe jd sopan...
hmm..give chance to other people as well...dont just judge other people...becoz when we r busy judging other people, we dont hv the time to love them..let allah decide whether they are wrong or right...
ukhwah fillah...
Anonymous said...
aik, namo eden pon ado sini..
yolah eden tau lah itu syed al qutb..
AdaptingChange said...
hehe.. chill la bro.. saje ja nak promote ko.. kang orang tak konal plak Mr Syuden kito.. ngeh3..