Blog Baru

Blog Baru
Jemput Melawat

Sayonara~
Untuk pengetahuan pembaca, cerita ini mungkin ade kaitan dengan yang masih hidup @ yg telah pergi. Tapi nak kasik tak de skandal, anggap je tak de kaitan ekk..

"ko ni narrow-minded arr.. cube open sket.. ko nih kasik orang ingat islam tu rigid je tau!"

Ambek sebijik! nie lah antara perkataan yg berhembus keluar dari mulut seorang teman. Pedih, tapi memikirkan tentang kebarangkalian wujudnya kebenaran, maka akalpun mengatasi hati. Berfikir tentang kemungkinan benarnya hujah itu. Sesudah beberapa ketika berada di bumi asing negara orang, perasaan berkata, "baik aku fikir balik elok2... maybe betul bende tu"

Jadi kuperuntukkan beberapa ketika untuk berfikir. Aku cuba renungkan, perhatikan dan seterusnya cuba mendalami dan memahami maksud2 tersirat yg cuba disampaikan. Bile difikirkan, aku mendapati rasionalnya susunan perkataan tersebut.

Aku perhatikan sekeliling. "muslim" hanya bergaul dengan "muslim". Kite kate bende tu salah, bende ni salah. Kite tak nak join mende tu. taknak join mende nih. Ade benarnya tindakan ini. Ada juga SALAHnye.. bile kite mengasingkan diri dari 'dunia', maka kite secara tidak langsung meminta agar kita dipelihara tapi dari 'golongan yang bukan kita'. IE: "muslim" tak bergaul dangan orang laen sebab taknak jadik macam orang lain. itu yang bahagian betulnya. tapi bahagian salahnya pulak ialah 'bahagian lain' juga tidak akan menjadi 'muslim'..

Fikirkanlah. Kalo kita asyik menjauhi orang yg bukan sealiran dengan kita kerna takut dipengaruhi@ rosak, nescaya prcayalah sangat sukar bagi mereka untuk memahami kita.


Seorang teman berbangsa Amerika Syarikat, pernah bertanya."why you guys cannot mingle with each other? I mean boys and girls.. geez.. its weird.. you guys are such a boring person. Totally uncivilized.. Looks like a freaking awful rule to me. Yet many of you still disobey it. My muslim friends, well other than you of course, seems to lost their minds when it comes to parties. They often do 'that' if you know what i mean. So those rules totally f***ed up! "

Sekali lagi, ambik beberapa bijik!! Tapi nak marah pon tak bleyh. Teman tu bercakap benar. Takda yg salah. except bahagian yg die kate rules islam nie tak elok, tu je arr. tapi pasal remaja2 muslim di bumi Amerika ini, terutama dari negara asing (M'sia, Indon, Thailand) sering 'rosak' imannya sejurus selepas menjejak kaki ke bumi Amerika ini. Sedih, tapi kebenaran. Memilu dan Memalukan. Tapi sukar dinafikan.

BENDERA US DENGAN LAMBANG BULAN.


Bila fikir pasal ape yg teman ini katakan, aku rasa terpanggil untuk merubah cara hidup aku. Aku seorang yg suka mengasingkan diri. Tak suka menyertai event2 besar. Takut nanti hidup akan bercelaru. Takut hidup akan punah. Tapi aku INGIN mengambil risiko itu. Aku RELA berhadapan dengan dugaan dan cabaran. Kerna aku YAKIN hanya dengan menyertai mereka(dengan erti kata bergaul dengan batas) lah aku mampu buktikan dan tunjukkan kepada mereka ISLAM SEBENAR.

Aku cuba berubah. Tukar hampir semua cara aku melihat dunia ini sebelum ini. Aku dulu pabila diajak makan bersama teman bukan islam, aku menolak dengan tegas. Aku kata tak berminat. Tapi kini aku ikut sama. Bila mereka ajak makan ke kedai yg non-muslim(non-halal) aku terangkan kepada mereka. Aku katakan aku seorang MUSLIM dan MUSLIM makan makanan yg halal sahaja. Aku terangkan pada mereka apa itu halal. Aku terangkan kepada mereka kenapa itu dan kenapa ini. Kagum aku perhatikan mereka. Jauh lebih berminat dari saudara seagama. Dan yang paling pentingnya, mereka MENGHORMATI prinsip seseorang. Sama seperti mereka menghormati seorang yg VEGETARIAN. Alhamdulillah, syukur hidup kini kebih luas pandangannya.

BUKU YG SANGAT SESUAI DIBACE

Dulu bila diajak bersama untuk belajar di perpustakaan, aku sering menolak kalau ada wanita bersama. Kerna ku yakin nanti akan berakhir dengan gelak ketawa dan suka riang termasuk dosa yang memanjang. Tapi kini aku tukar. Aku sertai mereka. Aku pergi ke sana dan tetapkan pendirian ku. Mulakan pelajaran dengan kalimah suci, dan juga doa. Kemudian belajar dengan tenang. Perlu diakui, kadangkala turut sama bersuka-ria bersama mereka. Turut terlibat dengan lawak jenaka. Tapi kurasakan itu semua perlu. Perlu supaya pandangan mereka tidak serong terhadap ISLAM. Supaya mereka tidak menyangka ISLAM itu rigid. Supaya mereka tidak menganggap ISLAM itu NARROW-MINDED.

Akhirnya, setelah hampir 3 tahun berada di bumi orang, Alhamdulillah aku selalu ceria. Teman2 menghormati aku sebagai seorang manusia dan juga teman rapat. Kami semua sahabat baik. Saling menghormati. Malah, 2 orang teman dalam kumpulan itu juga telah sama-sama memeluk Islam. Kerna sedar akan kebenarannya. Kerna yakin dengan ajarannya. Kalau bukan kerna izin Allah dan hidayah-Nya yang membuka hatiku untuk bersama mereka, mungkin sehingga kini pun mereka masih tidak dapat 'melihat' Islam.

Konklusinya, mungkin betul cara kita untuk berjaya ialah dangan menyertai orang2 tertentu sahaja. Memilih dalam berkawan. Saidina Umar RA(kalau tak silap) pernah berkata kalau nak lihat sesorang itu, maka lihatlah sahabatnya. Jadi penting untuk kita memilih sahabat. Tapi tepuk dada, tanyalah iman. Adakah kita ingin kejayaan dunia akhirat bersama teman2 tertentu sahaja @ denga semua kawan2 lain? Adakah kita ingin terus menjauhkan diri dari kawan2 yg 'x islamik' supaya akidah dan ibadah kita terjaga? ATAU kita ingin bersama dengan 'kawan2 yg kurang islamik' tu dan cuba selami dan fahami mereka sebelum kita mula memahamkan mereka? INGAT, SEEK FIRST TO UNDERSTAND, BEFORE BEING UNDERSTOOD.

Mungkin kita tertanya2 kenapa bila kita ajak perkara yang baik, tapi orang pandang serong. Orang taknak dengar. Tapi cuba kalau kita sertai mereka buat perkara tak elok tu(perlukan iman yg kuat. SERTAI bukan bererti buat perkara itu, sebaliknya cuba memahami kenapa bagaimana dsb mereka lakukan perkara itu) dan lontarkan DA'WAH yang sekencang2 nya untuk mencegah perkara itu. JANGAN INGAT KALAU KITA TAK BUAT PERKARA ITU MAKSUDNYA KITA ORANG BAIK. MUNGKIN DISEBABKAN KITA BUAT PERKARA ITULAH SEBENARNYA KITA ORANG YG BAIK DI SISI ALLAH.

Contoh mudah. Mungkin ramai orang kata kolej kita ade gang tangga. Cuba kalau kita SERTAI mereka dan cuba berinteraksi seperti biasa sebagai seorang teman. Bukan sebagai seorang cikgu. Teman tidak akan mengarah, sebaliknya menasihat. Nasihat bukan dengan ancaman@tengkingan, tapi dengan kasih sayang. Kasih Sayang bukan untuk bermaksiat, tapi untuk menyedarkan ummat. Teman juga tidak menasihat sebenarnya. Tapi meluahkan perasaan dengan ikhlas. Menyatakan hasrat hati untuk membuka pintu hati. Insya-Allah kita mampu melakukannyA!!!

PS: ingat, jangan sebab kita nih selalu pergi surau kita ingat kita orang baik. Sebab kita bukan pengadil untuk pertandingan kebaikan.
Ingat, jangan hanya sebab kita nampak geng tangga kita label depe dengan nama2 yg tak senonoh. Kita kata ahli neraka. Sebab kita bukan pengadil neraka. Jangan juge kita ingat geng tangga itu bende yg tak elok. Sebab kita jugak bukan pengadil ke'elok'kan. Nak tau elok@ tidak, join dulu.

SOMETIMES, WE HAVE TO MAKE A MISTAKE TO KNOW THAT ITS A MISTAKE. THAT'S WHY ALLAH IS SO FORGIVING.
ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


This entry was posted on Thursday, December 11, 2008 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 comments:

    Anonymous said...

    bnde ni mmg common...
    cthnye mcm mase end of sem dinner,nk asingkn side boys n girls kt GH...

    bkn la kate bnde tu slh,btul la tu xnk kasi campur2 sesedap rase,tp kne pk jauh,kalo kite g oversea,dh sah2 bercampur aduk...

    main point kt sini kite bkn kne elak dari bercampur dan bergaul,tp bile campur tu pandai2 la menjaga batasnye...

    kite kne lbh open minded(tp x smstinye liberal) kalo xnk kne culture shock...

  1. ... on December 13, 2008 at 4:30 AM  
  2. AdaptingChange said...

    TQ Syaa sebab menyatakan pendapat. Sekadar nak menambah n nak mengulas. sedar @ tidak, kita ini manusia yang sangat hina. Hina yg tak terhingga, sehinggakan kita sebenarnya tidak empunya kuasa@hak(bukan haq ok) untuk men'judge' people. contoh: pasal GH hari tu, kita sebenarnya tak layak nak kata orang yang tidak menentang boyz n gurlz duduk bercampur kerna siapa kita untuk kata perkara itu salah? kita cuma boleh sekdar mengatakan perkara yg salah itu ialah membuat bende2 yg tak sepatutnya(ie pompuan bergelak ketawa & laki2 mencuit sini sana + berpegang2 etc)...

    Dan kita juga tidak boleh mengatakan orang yg nak boyz n gurlz itu diasingkan bersalah dalam kes ini. Rasulullah dah bersabda, lebih kurang b'bunyi "perkara yg halal itu terang dan jelas. Perkara yg haram itu juga terang dan jelas. Antara kedua-dua ini pula ada perkara yg kabur yakni syubhah. Barangsiapa yg menjauhi perkara2 syubhah maka dia telah membersihkan dirinya dan menjaga agamanya." Besar kemungkinan mereka tidak dapat menerima pencampuran kerna yakin ia akan membawa kepada maksiat.

    Jadi konklusinya, selaku seorang MUSLIM, fikir2 kan lah. Adekah kita bergaul laki2 n pompuan dengan berbatas itu(PASTIKAN BERBATAS!!!) ada tujuannya? Ingat tyme MYC, antara ciri2 ibadah umum ialah 'natijah yg baik', 'lillahitaala'.... maka kalo penuhi keenam2 ciri tersebut(tak silap ade enam la) maka pencampuran itu boleh dikira sebagai ibadah. Betul x? Insya-allah post selepas ini akan menjadi follow-up kepada perkara ini.

  3. ... on December 13, 2008 at 12:25 PM  
  4. Anonymous said...

    yup!
    sokong sgt ur statement...mybe diorg xnk cmpur sbb keadaan sosial kolej dh truk n xnak make it worse...

    tp sbnarnye yg bwat sstgh org agak x brstuju...ade sbhgn kwn2 mnerima sms spy mmbantu pengasingn ni yg mane ayt akhirnye ialah 'same2la kite melindungi kwn2 kite dr api neraka'

    sth like that la...x ingt exact ayat die...tp dr mane dtgnye hak utk kite menentukn tmpt seseorg tu di syurga atau neraka?

    wallahualam...xla nk tunjuk pandai...skdr menyatakn pndpt...mgkin ade yg x brstuju tu hak masing2...

  5. ... on December 15, 2008 at 12:19 PM  
  6. Anonymous said...

    wah..hebat ar syahira mat berbahas...
    bagus2...setuju...
    we r not the one judging them...
    allah is...
    kita selalunya terlalu byk pikir negatif dr mmbwa ke arah yg betul...
    i'm not perfect either...
    tp kita kena profesional dlm hal ni sbb kita semua berlainan pemikiran, lifestyle...
    so...dont be judgemental...when we r busy judging people, we dont hv the time to love them...when we dont try to know them, so where is the ukhwah???

  7. ... on December 19, 2008 at 3:11 AM