Blog Baru

Blog Baru
Jemput Melawat

Sayonara~
Oyt!! Memandangkan PPSMI dah dimansuhkan(untuk tahun 2012) Penulis kali ini ingin menulis kembali dalam bahasa ibunda, Bahasa Malaysia.(tukar2 la.. borink kowt asyik orang puteh ja... ahha)

AMARAN!!: Post kali ini mungkin berbaur perkauman sedikit. Jika anda rasa anda ini jenis yang sensitif, terlalu 'narrow-minded' dan sukar menerima kritikan@kutukan, dinasihatkan agar segera menutup browser anda. Sebarang kemalangan(hati, jiwa etc) tidak akan ditanggung. :D

Baru hari selasa hari itu penulis pulang ke rumah setelah 5 hari berada di Lanai Kijang mengikuti kursus BNM. Sangat seronok rasanya setelah diberi peluang melihat dengan mata sendiri apa situasinya bekerja di BNM, perkongsian pengalaman dengan 'orang2 besar' BNM etc. Sangat seronok!!!

Kemudian, hari rabu pula penulis pulang ke MAKTAB RENDAH SAINS MARA TAIPING (weeee!!!!) untuk mengambil sijil SPM. Lucu rasanya melihat adik2 f4&f5 yang memakai baju bewarna biru itu. Semasa melalui PSP terbayang semula segala memori dan kenangan semasa diri penulis masih menuntut disana. Situasi pembelajaran di MRSM sememangnya telah banyak menyumbang dalam pembentukan cara belajar penulis. huhu..

Ok2.. cukup arr aku cuba menulis dengan skema. Tak kena. Tak masuk. Rasa janggal. Nak muntah.. haha.. erm.. berbalik kepada tajuk post kali neh.. KISAH 2 EKOR KETAM

Cerita ini diceritakan oleh ayah aku, beberapa hari setelah Dato Seri Najib mengumumkan biasiswa nasional. Ceritanya begini...

Ada seorang ah pek yang menjual ketam di pasar malam. ada macam2 jenis ketam yang dijual oleh ah pek itu. Boleh kata ada dekat 10 jenis la. Memang orang kampung kat situ pun panggil ah pek tu apek ketam. Die kira taukeh la. Kaya orangnya..

Berbalik pasal ketam. Seorang minah neh teringin la sesangat nak beli ketam. die pon bertanya la kat ahpek tu pasal harga ketam.

"apek, berapa harga ketam cokelat tu eh?"

"owh, yang tu murah ja.. rm5 sekilo."

Terkejut minah tu dengar. Apsal la murah sangat agaknya.. die pon mula 'suspicion' dengan ketam tu. Die tanya plak ketam laen.

"Yang kuning2 sket tu plak?"

"yang neh mahal. RM50 sekilo. Bukan ape, ketam ini arr, susah wo mau tangkap. Dia manyak pandai kasik larik punya.. Tengok saya pon kasik ikat sama dia. Tarak mahu dia lari punya wo.."

Barulah minah tu perasan ketam cokelat tadi diletak dalam besen besar sahaja tanpa diikat pon. Ketam kuning tu plak dah la diikat, diletak dalam besen besar siap berjaring lagi, takut lari. Minah neh dalam kecurigaan, terus meng'observe' ketam2 tadi. Ingin benar die mengetahui sebab sebenar perbezaan harga itu.

Setelah lama diperhati, barulah die faham.

Ketam cokelat tu, bila seekor dah nak lepas besen tu sebab panjat dengan gigih, seekor lagi akan tarik supaya yang mula2 tadi jatuh balik. Ketam cokelat neh, dengki. Bagi depa, kalo aku tak lepas, ko pon tak leh lepas. At the end, sekor pon tak leh lepas. so, tak perlu la nak tangkap n ikat2 ketam tadi.

Ketam kuning nih plak, walaupun dah diikat dengan tali, still depa masih dapat panjat lagi besen tadi. Sekor ketam akan cuba mengepit tali ketam yang seekor lagi, supaya 2-2 dapat lepas dari tali. Bila nak panjat pulak, sekor akan berada di bwah, dan tolak yang seekor lagi keluar. kerjasama itu ada. Ketam kuning ini plak sangat bijak. Depe sedar, kalo bwat keje sorang2 tak akan berjaya. So kalo cara A tak jadik, depa sentiasa ada cara B.

Sebnanya ketam2 neh tak da bezanya dengan perangai manusia. Ada satu kaum nieh kuat dengki, bila satu pihak berjaya, satu pihak laen mesti bersungguh2 menjatuhkan pihak yang berjaya tadi. Bukannya nak sama2 berjaya, tapi nak berjaya as in "aku berjaya, ngko tak!!" punya semangat. At the end, kaum neh, makin lama makin ketinggalan.
Ada satu kaum laen pulak, kuat gle 'kerjasama' depa, sampai seolah2 ada ja benda yang bleyh memajukan depa. Depa siap2 bwat 2 parti, tapi 2-2 parti bukan bertujuan berpecah belah. Tujuan nya nak pastikan supaya 2-2 pihak bekerja keras untuk kebaikan kaum. Korang tengok sendiri lah, pernah dengar tak MCA gaduh ngan DAP? tak!! baru2 neh kat kedah yang pasal runtuhkan ladang babi, DAP marah, MCA pun marah. Perjuangan depa sama, nak majukan parti. Bukan macam UMNO ngan PAS, saling menjatuhkan. OOooppsss... huhu..

So, korang dah nampak kan moral of da story? agak2 ketam cokelat tu kaum apa la yea? haha..










This entry was posted on Friday, July 10, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: