Blog Baru

Blog Baru
Jemput Melawat

Sayonara~
Nak disambungkan cerita, esoknye Pai membawa rombongan kami melawat sekitar kota Bath.
Sangat menarik. gambar2 saye tak tangkap, sebab rasa tak berbaloi. Photographer sehebat mana pun, dengan di-equip- SLR yang canggih macam mana pun, kecantikan pemandangan kat bukit Bath nie memang takkan dapat di terjemahkan begitu saja.
Dengan angin yang sepoi-sepoi ala-ala kesejukan, ditambah kehijauan bukit tu, plus ngan terpampangnya kecantikan kota itu sendiri.. MasyaAllah.. Kalau manusia boleh cipta macam ini, sudah tentu ciptaan Allah jauh lebih indah..

aku x amik gamba neh. ter'snap' je. =P


Selepas itu, kitorang pegi kawasan 'komersial' die plak. Penuh dengan kedai-kedai yang menjual poskad2 dan cenderahati lain. dan yang peliknya, terlalu banyak kedai yang menjual patung ala-ala babs@lembu serama gitu. Hebat sangat binatang ni sampai di puja sedemikian tinggi disini. Kiri-kanan taman rekreasinya, tersergam 'indah' pokok yang diukir menjadi bentuk binatang nie.

memang penuh la binatang neh. aku ade terbaca, ade kisah babs ngan raja kat Bath dulu. ape bende ntah.. so pigs kat bath nie macam 'legend' r.. lols~
Kat sini aku ade beli fridge pnye magnet ngan postcards...
=)

Kemudian, kitorang pegi Birmingham. Tido di masjid disana.
esoknya, pg manchester.
dekat manchester pon tido kat mesjid.
Esok paginya, bertolak ke Old Trafford.


bagi yang tertanya-tanya, putih-putih tu adelah snow. lol~

Ade la aku masuk sekejap dalam 15 minit.. Entah kenapa ntah, nafsu bola aku macam dah takde.. malas rasenye nak masuk 'tour' tengok dressing room players etc.. kene bayar 8.5 pound plak tuh.. haisyh.. last2 aku dok jalan ngan Midi je kat luar stadium.. best jugak!
N the best-est part ialah when ktorang men SNOW!!!
yup. dekat depan parking lot stadium neh, ade manchester pnye trinity.



Ape ntah mende neh.. tapi yang bestnye kat sini snow die tebal. I had my first EVER snow war!
besh gile. wat bulat2 pastu baling. saket dow~ kalo maleh, amik serbuk2 tu pastu letak dalam baju orang senyap2. kompon org tu jadik cam ulat gonggok kpanasan. hahaha...

oppss.. lupe.. sblom sampey manchester ktorang ade pegi satu stadium buruk.. ape ntah name nye.. ha.. baru aku ingat.. ANFIELD LIVERPOOL. seyesly, sangat burok.
no wonder dis season depe men trok je.. number bape skunk? 5? haha
*maleh amek gamba kat sana. xlawa pon.*
=P


oh ye.. dekat manchester plak, aku ditugaskan menemani roslan untuk pulang ke London.
YUP, pulang KE LONDON pada hari itu, dan bertolak semula ke Glasgow pada HARI YANG SAMA. Kami bertolak pukol 5 lebey kurang, sampai London pukol 930. pukol 11 malam, kami bertolak semula ke Glasgow, sampai disana pukol 7 PAGI. hebat tak?
perjalanan sepatutnya mengambil masa 8 jam je, tapi kami tido sekejap tengah jalan. tak larat. mengantok!
nie la perjalanan paling mengagumkan bg aku.
600 miles in one NIGHT!
sampai2 glasgow baru kami solat subuh.

lepas tu ape lagi, trus tido la! mane taknye, tak tido satu malam letih jadik co-driver lg! huh.....
dalam pkol 11 pg, ktorang pg Edinburgh plak! gile masyuk!~
lawa la tempat tu lebey kurang. castle cun2. tp the best part, aku ade beli cashmere!
sape yang tak taw cashmere tu ape, boleh la ye google-googlekan diri anda.. hek3..
=)

Edinburgh


gamba ikmal berlatarbelakangkan matahari terbenam


selepas semua tu selesai, kami pun memulakan sesi PMS pada malam itu juga. Maka bermulalah perjalanan mengenal diri dan tuhan~~




وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ بِسَاطاً (١٩
Dan Allah telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan

لِتَسلُكوا ِمِنها سُبُلًا (٢٠
Supaya kamu melalui jalan-jalan yang luas padanya.

Surah Nuh, ayat 19-20

Itulah dia, Allah menceritakan kepada kita betapa Allah telah menghamparkan bumi yang luas ini untuk kita berjalan-jalan melihat kebesaran dan keagungan kekuasaan Allah. Ternyata, peribahasa jauh berjalan luas pemandangan itu selari dengan tuntutan, agar kita berkelana melihat dan menginsafi kehebatan maha suci Allah yang menciptakan segala-galanya.

Alhamdulillah, dengan keizinan-Nyalah, dapat aku sertai jaulah Majlis Syura Muslimun, MSM London
ke Glasgow Scotland. Kami bertolak pada hari sabtu, kira-kira jam 12 tgah hari.
Destinasi pertama, Portsmouth.

Rasanya perlu aku nyatakan disini, ini merupakan kali kedua aku berkelana keluar kota London. Dan pada kali yang pertama aku keluar pada waktu malam. Jadi ternyatalah perjalanan kali ini jauh lebih mencabar, apatah lagi hari sabtu yang lalu merupakan hari pertama cuti bagi kebanyakan universiti di kota London ini.



Ternyata, kami memang menghadapi keperitan pada awal perjalanan, sehinggakan masa yang diambil untuk keluar daripada kota london sendiri adalah kira-kira 3jam. Nak dijadikam cerita, musim winter ni, maghrib masuk pukul 3.50pm. Maka kelam kelabut la kami dibuatnya untuk mencari tempat solat untuk menjamakkan zohor dan asar dalam waktu asar. Akhirnya solatlah kami kira-kira jam 3 di tepi jalanraya. Best jugak sebenarnya. =)



Oh ya, sebelum aku terlupa, dalam jaulah ini aku menaiki kereta yang diapndu oleh Syed Roslan. Agak horror jugak pada mulanya beberapa(?) kali enjin kereta mati. Hehe. Tapi setelah beberapa ketika, selamat juga kami sampai akhirnya.

Selepas itu kami pun trus ke cardiff bay. Amik gamba katanya. Tapi ntahlah. Xnampak macam banyak spot menarik je.. Mungkin sebab waktu malam kot. Tp still rasa sangat seronok. Sebab dapat lari-lari keliling kwasan tu. Hee~~ kira-kira dalam pukul 11 gitu kami pun alhamdulillah selamat sampai ke Bath.



Disinilah... MasyaAllah.. Kami dihidangkan dengan pemandangan yang super indah. Bak kata hazwan, ultimate tahapnya. Lol~


panjang lagi sebenarnya kisah jaulah PMS 09 ni. Tapi lain kali kot.. Dah penat..
=)



- Posted by Blog-owner Aqmin


Alhamdulillah.
Mood sekarang: tak down.
=)


Semalam, aku diajak oleh Naqash ngan Umar pg debate psal Shariah law.
Tapi pg tengok je la. bukan debate. hehe

Hebat sebenarnya kalau kita perhatikan betapa 'bersatu' dan 'teguh' nya muslim di sini.
Nak tahu kenapa?
Jom tengok.

Tajuk debate tu: "Is Shariah Law Compatible with the Modern World?"
Speakers die :
1) Brendon O'neill:editor of Spiked Online Magazine.
2)Jamal Harwood:Islamic writer and Economist.

Mula2, Brendon yang start dulu.
Premise die,
-Law yang ada sekarang pun die tak kata 100% elok. Die Marxist.*Socialist*
-Die anggap 'Law' hanya perlu untuk menghukum 'perbuatan' yang men'cedera'kan orang.
-Bagi dia Shariah law is not compatible because of 2 reasons.
-It dwells with human thought and intentions.
-There is no EQUALITY under the Shariah Law.As in a women's testament is valued less than a man's testament. women cannot do this that etc2.
-Dia juga ada cakap kalau nak buat Shariah jugak, buat small institution under current law.
-N die cakap kalau shariah law diapprove, nanti akan ada 'inter-religious' justice, as in setiap orang akan mintak untuk diadili dengan 'law agama' masing2, and mcm kita semua tahu, agama kat sini ada macam2, sampaikan yang superpelik pon ada, orang dok reka2. nanti takut ada orang reka agama untuk dia selamat sorang2. lebey kurang gitu la.

lepas tu Jamal cakap.
Sorry la. Aku tak pay attention sangat Jamal cakap ape.
tapi basically die neh orang yang 'lembut' as in tak garang r. die cakap dengan sopan santun gitu. tapi as a debater, korang taw r.. aku jenis yang suka meletop2 pnye. bukan baik hati..hehe
tapi point die basically pasal:
-Islamic Law-based on Quran. Is already IN british law.
-Proof:ade beberapa law yang die sebut, and die cakap sama mcam Shariah.
-n then die banyak bidas isi brendon. dia cakap islam tak dwell on thoughts. action jugak.
tapi action yang islam consider adalah action yang boleh meng'harm' society. suma action neh ada hukuman.
-n then dia cakap Shariah Law based on self belief. so ada perasaan guilt alongside fear of punishment. dapat jadik deterrent untuk wat crime.

Pastu Brendon tanya pasal
''are you free to say things about Muhammad? If no, then that means Shariah Law dwells with thoughts. Ppl will not have the freedom''.

Waktu neh, korang boleh tengok basically audience yang terdiri dari 98% muslim(which aku rase x kondusif untuk such debate) jadik tegang.
semua orang macam emo.

Jamal jawab x. sebab ape ntah. aku tak faham sangat part neh.
tapi kalau aku la kne jawab, aku akan cakap:
"shariah law DOES NOT forbid u from saying bad things about Muhammad. But it forbids u from saying bad things about anyone, unless those bad things are meant to change for the better. Unless those things are for leaders, which can be criticized. But in the case for Muhammad, he is Ma'sum, as in he did not do anything wrong. So there is nothing bad to say about him, except those things are all lies."

Pastu masuk session Q&A.
korang xkan percaya, kalau aku cakap dari 98% tuh, lebey kurang 70% suma angkat tangan nak tanya. Opss.. bukan tanya sebenarnya. nak 'attack' Brendon.
Sedih gak sket tengok camne Muslim kalau emo. Diorang cakap penuh emo tau. tanya mcam2.
Tapi on the other side, jelas terpapar, bila ia menglibatkan aqidah dan kepercayaan, Muslim memang bersatu.
antara yang menyayat hati, bila ramai muslimat bangun n cakap
"man and woman are NOT equal. that's just how it is. scientifically facts had shown that women can do something that man cannot, and vice versa."
"A women maximum daily energy usage is as such as such whereas a man is as such as such. that's why women cannot be treated equally as men''
"Allah is Adil. He put woman is such position but put us higher in another aspect''

Ko bayanglah.. si brendon neh cakap sket je.
muslimat2 kat sini suma macam mercun kena api. meletop!
brendon balas
"well.. I have to say.. I cannot say anything other than "I can't Believe this""
gile kan?

Pastu yang muslimin pon x kurang hebat.
ade yang cakap
''What you are saying now is that Shariah Law is too strict. 50 years ago, when the West is practically uncivilised in historical terms, they also did not accept Shariah Law. There is a guy like Mr. Brendon, saying that shariah is too soft. after 50 years, Mr Brendon here stood saying Shariah Law is too strict. And my guess is, in the next 50 years, there will be another Mr Brendon saying Shariah Law is too weak again."
"If you want us to believe Shariah law is not valid, you need to make us believe the Quran is not valid.''
''Muslim have fear not in the Law, but in Allah''
" We believe justice is when Allah said its just.''

Hebat kan?

Banyak lagi sebenarnya soklan2 tyme Q&A.
sume cam meletop2.
betul lah lagu S.O.A.,
"lesson number 1, don't ever mess with Muslim''

Tapi kekadang aku terpikir.. hrm..
Kalau aku jadik Brendon, apa preception aku lpas debate tu...
Allahu'alam.
n btw, selamat tahun baru Hijrah.
Jadikanlah ini satu peluang untuk berhijrah kepada yang lebih baik.







Sekarang ni, dah hampir 3 bulan dok dkat kota london neh.
Macam-macam dah terjadi, *jeng3...*
berkali-kali dah muka jadik kebas sejuk, tangan hilang deria rasa etc2...
lepas nieh, kalau balik Malaysia, aku akan tak segan-segan nak mintak tido dalam peti ais.
kalau setakat air-cond 16C, tak rasa apa2.
dah biasa~
lol..



besar kemungkinan disebabkan cuaca yang super sejuk nie jugak lah, aku rasa, hati aku mengecut.
hilanglah sudah ruang untuk kegembiraan, kesedihan atau keriangan untuk berada didalamnya.
serius, sekarang aku macam robot yang dah nak abeh bateri.
tak ada perasaan.



Bayangkan, aku dah ada plan nak pg Scotland, pastu nak pg France.
logically, aku sepatutnya rasa gembira+excited.
tapi aku tak rasa happy, excited @ mana-mana adik beradik mereka.
LANGSUNG.


tiap2 hari, bila bangun dari tido, aku rasa bosan.
macam kalau ko main game the sims, karakter dalam tu dah melompat2 merungut die boring.
Kalau macam tu takpe lagi, aku taw, pg tengok tv, takpon maen pool, nanti die akan seronok kegembiraan balik.
tapi aku tak.
Oh ya, aku juga dah mendonlod game the sims, simcity dan adik beradik mereka.
aku main, x sampai sejam, aku akan cakap
~BOSAN~



bila buat homework, lagilah.
Aku buat sebab nak siapkan je.
ade la sket2 excitement bila bayang markah yg lecturer nak kasik.
tapi basically aku macam dah 'lali'.
macam kalo ko makan apple, mula-mula sedap, tapi bila dah sampai apple yang ke 27, ko rasa tak larat nak kunyah.
macam tu la aku rasa hidup skunk.



cakap pasal apple, teringat lak aku teori utility.
Teori ni, macam yang aku penah sentuh before this, telah dicipta oleh Jeremy Bentham dan rakan-rakannya.
*nota:mayat jeremy bentham masih berada di Wilkins Building, UCL.*
Mereka menggelar diri mereka Utilitarism, satu kumpulan yang memperkenalkan penggunaan sukatan 'nilai' pada benda.
Contoh,
apa 'nilai' sekeping roti?
berbeza kan antara seorang kaya dan seorang miskin?
utility adalah 'kepuasan' yang diperoleh seseorang daripada membeli/mendapat sesuatu benda.
basically dia seolah-olah mem'value'rise kan semua benda, termasuklah keindahan alam, pencemaran, malah jugak nyawa.
ya betul, nyawa.
Bagi mereka, kalau 'kepuasan' membunuh kamu lebih tinggi dari 'kepuasan' membiarkan kamu hidup, maka kamu perlu dibunuh.
terkejut bukan?


Owh, tapi itu bukan poin saya.
saya nak beritahu ke'down'nan saya.
yang ntah disebabkan apa atau kenapa.
Apa yang aku buat, mesti salah.
apa yang aku cakap, mesti salah.
apa lah yang tak kena agaknya.
adakah disebabkan aku telah 'makan' hidup dengan banyak sehinggakan aku rasa tak larat dah?
adakah aku perlu 'berhenti makan' hidup?


Ya Allah.. tolong..
aku rasa cam nak pengsan je.
dahla rasa cam asyik salah.
I can't take this anymore.
I felt 'so heavy' inside.
Maybe its time?






Bismillahirrahmanirrahim.

Baca tajuk macam ni, terus rasa berat anak mata.
betul tak?
Amaran:Post ini agak panjang. Dan ia memang berkenaan Falsafah.
Anda tak minat? Anda yang rugi~

Ingat lagi tak, dulu dalam sekolah rendah menengah dulu, pernah ada dalam silibus
Pendidikan Agama Islam. Waktu tu, semua semangat nak menghafal.
Takpun semangat nak buat 'logik' jawapan. Supaya nanti waktu exam senang sikit nak hamburkan semua point-point ni.

Tapi betulkah kita benar-benar faham?
ok, ayat cliche. ayat bosan, expired.
tp masih relevan. Apa sebenarnya dimaksudkan dengan Ilmu ya?

Adakah ianya subjek-subjek yang kita pelajari?
adakah ianya segala kemahiran yang kita perolehi?
Atau adakah ianya segala 'A' yang kita usahakan?

Adakah ini tandanya anda berilmu?


Sukar sebenarnya untuk saya jawab perkara ini.
Ilmu itu pada asasnya sangat luas maksudnya.
kalau nak dibahaskan, rasanya saya akan berpegang kepada ''semua perkara yang dilakukan secara sedar,-consciously- adalah ilmu''.
bercakap, ilmu. menaip, ilmu. semua ilmu.

Firman Allah dalam Surah Az-Zumar, ayat 9.
".......Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya orang yang berakal waras yang dapat menerima pelajaran. "

sabda Rasulullah saw pula dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh abu Daud dan Tarmizi,
"orang-orang yg berilmu adalah pewaris para nabi"
credit:link

Satu lagi hadis berbunyi
"Ertinya : Sesiapa sahaja yang merintis jalan kerana menuntut ilmu maka Allah membuka kepadanya jalan ke syurga". (Hadis Riwayat Muslim)
credit: link

jelas sekali betapa Islam itu sangat menghormati seseorang yang berilmu. Secara tak langsung menunjukkan betapa penting dan perlunya kita untuk mencari Ilmu.
Tapi apakah ilmu?
Bagaimana caranya untuk mencari sesuatu yang tidak kita kenali?

Ilmu adalah segala perkara secara mudahnya. Sebut sahaja satu benda, maka akan ada Ilmu untuk setiapnya. Secara asasnya, Ilmu=pengetahuan. betul?

Jawapan untuk soalan diatas=SALAH. Pengetahuan adalah benda yang kita tahu, yakni perkara yang kita faham. Tapi benda itu tak semestinya betul.
Contoh: Dulu, kalau kita baca(kalau ada la...) buku-buku semua akan cakap bumi ini petak etc.
Ini adalah pengetahuan. Terbatas, dan berdasarkan 'discovery' manusia, dan banyak distortions di dalamnya. Kita akan bincang perkara ini kemudian.
tapi secara asasnya, Ilmu adalah milik Allah. Tetap, benar, dan tidak boleh kita sangkal.
Tapi pengetahuan adalah apa yang direka manusia, benar pada satu-satu masa, tetapi berubah-rubah mengikut pengalaman dan peristiwa yang berlaku.
Jelas?

Jadi, apa yang kita belajar di sekolah semua tu, apa? Ilmu ke Pengetahuan?
Kalau tanya saya, saya cakap pelajar----belajar----pelajaran.
cantik je, semua kata dasar sama, lajar.(??lol~)
Okokok. Serious. Saya akan cakap tu semua pengetahuan.
Kalau tengok dekat lencana sekolah saya dulu pon, die tules


Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz.

Nampak tak slogan die? ''Pengetahuan suluh budiman''.
jadi saya memang rasa yang kita belajar tu pengetahuan la sebenarnya. bukan Ilmu.

Boleh tak kita semua setuju bahawa perkara yang telah kita pelajari semua MUNGKIN salah?
setuju tak kalau saya cakap 1+1 mungkin bkan 2?
*kalau anda berada di sekolah rendah, amaran:mungkin perlu ditemani orang dewasa sebelum terus membaca. Nanti takut anda keliru. Yang dewasa? ha.. pikir la sdr*
tak? kenapa? ada argument?
apa? ada bukti? mana? nak tengok boleh?
ha? ada professor tunjuk kira-kira panjang satu whiteboard 1+1=2?
ada ''mathematical reasoning, scientific based method'' untuk prove benda neh?
jadi? apa kaitannya?
Apa kaitannya untuk kata 1+1=2?
mungkin contoh ini tak cukup jelas, disebabkan mathematic adalah satu bidang ''reasoning'', yang mana segala 'standard result' yang diperoleh dibuktikan melalui sesetengah cara yang memeningkan.
cuba kita tengok physics. boleh?


Apa yang membolehkan saya menaip?
Apa? ada force exerted kat keyboard untuk mengeluarkan huruf2?
force ape? Force yang ditukarkan dari chemical energy dalam badan kepada force2 lain, potential, kinetic dan sebagainya?
soalan saya, Apa itu Force?
ha.. kat sini semua orang stop.
sebab Force pada definitionnya adalah something that cannot be created nor can it be destroyed. It can only transforms from one state to another.
*lebih kurang la.. dah lama tak revised*
Tapi kita semua ''buat-buat'' tahu apa itu force, dan terus dengan kajian dan discoveries yang mantop2. yang mengejutkan etc2. Sedangkan, pada asasnya, force sendiri tidak ter-define-

Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Luqman: 27)

Ketahuilah, Ilmu Allah itu sangat luas. Apa la sangat nak dibandingkan dengan pengetahuan yang kita ada. Tapi, kita masih lagi nak bukti-bukti scientific. Konon-konon science adalah cara melihat kehidupan. Mathematic cara melihat perbezaan dan logik akal.

Tapi percayalah kawan-kawan. Pengetahuan adalah sesuatu yang berasaskan ''emosi, sejarah, pengalaman, dan jugak tujuan'' penemunya.
Kita tengok contoh-contoh dari zaman terdahulu.

Disebabkan saya major dalam Economics, maka banyak pembacaan saya berasaskan sejarah ekonomi. Harap boleh diterima.
Pertama, Kita akan meneliti apa tujuan sebenar Ekonomi. Ia adalah untuk mendapat sebanyak mana kekayaan. Itu lah secara kasar.
Bila orang mula berdagang sesama mereka, yakni menerusi sistem barter, misalannya 5 ekor ikan ditukar dengan seekor ayam, maka wujud sedikit pengiraan disini. Mulanya semua orang tidak kisah, dan bergiat seperti biasa. Namun, pada suatu hari, wujudlah sipolan, mendapati ikan yang diperolehnya besar2 belaka. maka dirasakan tak puas hati, bila rakannya yang mendapat ikan2 kecik ala2 bilis(hiperbola neh), masih dapat tukar dengan seekor ayam.
Disini, wujud masalah pengukuran. Jadi sipolan cakaplah kat penternak ayam tu,

''Ga ga ga ga gagagagaga"

-Bahasa Neolitik, diterjemah oleh Google-
;P

Maksud: Ikan saya besar-besar, saya nak 2 ekor ayam untuk 5 ikan.
awak boleh angkat, awak akan rasa beratnya.

Jadi mulalah, orang mengukur berat. Pengetahuan mengukur berat diasaskan oleh sipolan, dengan tujuan mendapat lebih banyak ayam disebabkan ikannya besar. Pengiraan dibuat dengan mengangkat ikan dengan sebelah tangan, sebelah lagi ayam. dan tengok selama mana mampu bertahan. Kalau sebelah ikan tahan lebih lama, maka kira ringan. kalau sebelah ayam yang tahan lebih lama, maka kira berat.

Wujudlah sistem pengetahuan baru, diberi nama sistem polan. apabila semua orang tahu, maka semakin ramailah yang mempelajari ilmu ini, kerana konon-kononya sistem ini 'memudah'kan perdagangan, dan tidak akan wujud pertengkaran. Si polan diagung-agungkan, kerana mencipta ''ilmu''. *nota, sebenarnya hanyalah pengetahuan.* sehinggakan si petani pun telah belajar sistem yang sama. Selepas itu, apabila ada orang ingin bertukar barang dengan tanaman si petani, maka dia pun mula menggunakan sistem yang serupa. Untuk si petani A, yang menanam buah tembikai, maka cara itu sangat berkesan. Dulu dia dapat menukar seekor ayam dengan 5 biji tembikai. Kini disebabkan tembikai sangat berat, maka sebiji tembikai dapat ditukar dengan 2 ekor ayam. petani A sangat gembira.
Petani B pula, yang menanam kapas, menghadapi masalah yang sangat besar.
Kalau dulu dia dapat menukar 1guni kapas dengan seekor ayam, sekarang dia perlu memberi 20guni kapas untuk seekor ayam, disebabkan kapas sangat ringan. Walaupun sedar masalah ini, tetapi petani B tetap menggunakan sistem si Polan ini, disebabkan semua orang lain menerimanya, dan disebabkan sistem si Polan ini konon-kononnya ''bersebab, scientifically proven'' pada zaman itu. Petani B berkata, satu-satunya cara untuk menambah 'ayam' adalah dengan memberatkan lagi kapas.
Maka dia mula berfikir tentang merendam kapas sebelum dijual, atau membalut batu dengan kapas sebelum dijual, ataupun meletak kayu-kayu pokok didalam guni itu tadi.
Sedangkan, asasnya sistem itu salah, tapi Petani B tak fikir pun. sebab melalui pengetahuannya, itulah sistem terbaik.

Di sini cukuplah. sebenarnya kita mampu melihat beberapa peristiwa penting.
Pertama, penciptaan sistem si Polan.
Perhatikan, apabila pengetahuan disebarkan, ia disebarkan BERSAMA SAMA dengan sejarah, dan tujuan penciptaannya. Dalam kes ini, tujuan ia dicipta adalah untuk menguntungkan orang yang berdagang dengan barang2 yang berat. Walaupun sedemikian rupa, apabila petani-petani mempelajari sistem baru ini, mereka tidak berfikir langsung tentang perkara ini.
Akibatnya, antara mereka yang menanam tanaman 'ringan' akan kerugian besar.
Walaupun tak dinafikan, sistem ini ada kebaikannya, yakni ia tidak lagi menimbulkan pergaduhan antara 2 pihak. tapi, ia tetap merupakan pengetahuan, dan bukan Ilmu. Berdasarkan perkara ini, ia tidak semestinya betul, dan kadangkala ada buruknya.

Contoh realistik:
Kita start dengan sejarah asas ekonomi di England.

1.
Sir William Petty, antara nama yang paling terkemuka.
Sewaktu zaman pemerintahannya, Britain bersaing hebat dengan Perancis, dalam pelbagai bidang. Kekayaan ditafsir sebagai jumlah 'emas' dan 'perak', atau dinamakan Bullion. Zaman ini dikatakan dipengaruhi kuat oleh idea bullionist, yakni kepercayaan bahawa negara yang mempunyai paling bnayk bullion adalah negara plaing kaya.
Sewaktu peperangan, Britain memerlukan sumber kewangan yang bnayak, yakni untuk membiayai perbelanjaan dan gaji askar dsb.
untuk mencari sumber pendapatan inilah yang mendorong Petty untuk bertungkus lumus 'mencipta' pengetahuan tentang National Income Accounting.
Beliau membuat pelbagai 'survey' dan akhirnya membuat konklusi kasar dengan model yang sangat ringkas, (which is very wrong, and does not reflect true situation) tentang Income Accounting.
Dengan pengetahuan ini, beliau menunjukkan pula bahawa gaji, ataupun Wage Fund yang diperuntukkan kepada rakyat merangkumi bahagian yang paling besar dari pendapatan negara.
Dan disebabkan inilah beliau membuat konklusi bahawa rakyat perlu memberi sedikit dari pendapatan mereka untuk membiayai askar.
Dari sinilah juga terbit sistem kasar Taxation.
Bila dikaji dan dikaji, ternyata modelnya salah. Tapi disebabkan sudah 'digunapakai' oleh masyarakat, maka mass public sedia 'meneruskan' corak pemerintahannya dengan bersetuju untuk membayar cukai, walaupun model Petty sebenarnya salah.
Apabila satu pengetahuan itu disampaikan, maka tujuan pengetahuan itu mula-mula wujud akan seolah-olah 'diterima' oleh umum.

2.
Thomas Mun.
Beliau merupakan antara tokoh yang bekerja dengan Syarikat hindia TImur Inggeris.
Sewaktu zamannya, kepercayaan bullionism masih berleluasa. Semua emas hendaklah dikumpul, dan segala barang tidak boleh dibeli dari luar negara, kerana ini akan menjejaskan kuantiti emas dalam negara. Barang hanya boleh dieksport, bukan diimport.
Disebabkan kepercayaan ini, perdagangan antara negara pada waktu itu sangatlah minimum.
Akibatnya, SHTI agak sukar untuk terus berkembang.
Pada waktu inilah Thomas Mun membuat satu 'penemuan pengetahuan' dengan membuktikan bahawa perdagangan akan lebih menguntungkan, dan sebenarnya boleh menggandakan bullion sesebuah negara. Beliau menunjukkan bagaimana satu barang yang diimport boleh dijual dengan harga yang lebih mahal, dan barang-barang yang tidak didapati di satu negara boleh didapati dngan mengimport.
Secara tak langsung, Thomas Mun menidakkan konsep asas bullionism yang mengatakan perdagangan tidak menguntungkan negara. Pengetahuan dulu diganti dengan pengetahuan yang baru. Bukti=Pengetahuan tidak kekal.

3.
Physiocrats, Francois Quesnay.
Doktrin baru ini pula menggantikan fahaman Bullionist secara keseluruhan. Idea 'merchantilism' Thomas Mun juga dikatakan salah.
Physiocrat dengan diketuai F.Quesnay menggunakan Economique Tableau untuk menunjukkan bahawa market dibahagi kepada 2, yakni fertile production and productive production.
Semua bidang ekonomi yang tidak berasaskan agriculture adalah dianggap fertile, ataupun tidak elok(baca:mandul, tak berganda). Ini kerana setiap aktiviti ekonomi selain agriculture hanya akan menggunakan apa yang telah dihasilkan oleh bidang agriculture, dan jumlah produk tidak berganda. Hanya pertanian dan sbagainya sahaja yang menyebabkan output berganda, dan output inilah yang dikatakan 'kekayaan', dan bukannya bullion lagi.
Physiocrat adalah satu fahaman yang dikatakan juga berunsurkan spiritual, kerana keprecayaan mereka adalah untuk sesuatu itu menjadi produktif, perlu ada 'bantuan dari tanah', kerana tanah adalah seolah-olah berkuasa.
Sekali lagi, pengetahuan DIGANTI dengan pengetahuaan yang baru.
akibatnya, selepas zaman Quesnay, pertanian menjadi sektor ekonomi UTAMA, dan semakin banyak la orang-orang kafir jahiliah yang mnyembah pokok, kerana katanya pokok wakil tuhan(tanah) ke bumi. Ada pula yang sembah matahari dengan lebih aktif kerana katanya matahari lebih berkuasa.
Kesan pengetahuan:sebab pengetauan terbit akan mempengaruhi org yg belajar pgtahuan itu.


Nak aku teruskan lagi ke? atau dah penat?
Ada lagi Walras,(Marginalist) Bentham(utiliarism) Adam Smith(free market) David Ricardo(labour theory), KarlMarx(socialism) dan Alfred Marshall(price)

buku untuk module History Of Economic Thought


Banyak kan?
hahaha... tapi basically semua ni adalah pendapat, pandangan, dan kepercayaan yang depe pegang, disebabkan masalah yang ingin depa selesaikan.
Contoh, sapa nak tengok bulan, pandang atas.
Mungkin betul untuk satu-satu masa, tapi kalau ada awan tebal?
macam mana kalau waktu tu hujan?
kalau anak bulan? kalau orang buta?
banyak sangat masalah yang berbeza. 'pengetahuan' yang mereka sediakan mungkin betul untuk satu atau dua masalah. yang lain2 macam mana?

Sayangnya aku pon dah penat. Kalau tak nak jugak tules pasal ke'hebat'an science.
tp long story made short, apabila sesuatu itu dapat dikaitkan dengan logik akal, serta matematik, maka secara teori, ia adalah sains(must be reproducible via mathematical theory) and as such is TRUE.
itulah antara sebab kenapa Alfred Marshall tak sabar-sabar nak wujudkan sistem 'price'. kenapa Walras ngan bentham buat utility function, marginalism views etc.
sebab nak integrate mathematic into economics.
dalam zaman Alfred Marshall, economics yang asalnya adalah 'social inquiry' dah bertukar menjadi 'social science', and secara tak langsung bertukar daripada 'pendapat', kepada fakta, daripada mitos dongeng, kepada kenyataan.
daripada pengetahuan kepada ilmu.


jadi, macam mana? setuju tak kalau saya cakap kita sebenarnya sangat kurang Ilmu?
yang banyak, pendapat orang.


Saidina Ali pernah berkata kepada seorang yang bernama Kamil : "Wahai Kamil ilmu itu baik dari harta kerana ilmu menjaga kamu sedangkan harta kamu yang menjaganya. Ilmu menjadi hakim sedangkan harta dihukumkan atasnya dan harta semakin berkurangan dengan dibelanjakan sedangkan ilmu semakin bertambah apabila diamal dan digunakan." Saidina Ali berkata lagi : "Tiadalah kebanggaan yang sebenar melainkan bagi orang-orang yang berilmu kerana mereka sentiasa berada di atas jalan hidayah, mereka menunjukan jalan hidayah kepada orang-orang yang memintanya. Memadailah ukuran bagi setiap seseorang itu kebaikan yang dilakukan sedangkan orang yang jahil tetap memusuhi orang-orang berilmu. Maka rebutlah kesempatan menunut ilmu supaya kamu dapat hidup selamanya kerana hakikatnya manusia semuanya mati sedangkan ahli-ahli ilmu akan terus hidup."
credit:link

jadi persoalan emas saya, kalau ada satu sistem perbankan Islam, walaupun die tak terjamin untungnya(mengikut pengetahuan manusia la. Bukan Ilmu Allah) adakah ianya tidak cukup baik untuk meninggalkan sistem Perbankan convensional yang terjamin keuntungannya*?
*untung dan rugi yang dimaksudkan adalah berdasarkan pengetahuan manusia.

Kalaulah kita tengok, luas2.
entah2 sistem perbankan yang Islam anjurkan adalah lebih untung* daripada sistem perbankan konvensional?
*berdasarkan Ilmu Allah
siapa tahu?
Sekarang orang banyak persoalkan tentang 'welfare' atau kebajikan dalam satu-satu ekonomi.
Kononnya teori tangan lutsinar Adam Smith tidak memberi kebajikan yang sepatutnya.
Siapa suruh ikut 'pengetahuan' Adam Smith?
lol~

Allahu'Alam.

*PS:Sejarah itu penting. Kalau dalam Quran pon Allah ceritakan sirah umat-umat terdahulu, apatahlagi dalam kehidupan seharian~~







Haa... Ambik.. Eidul Adha kuar2 nasi beryani kan? Hahaha





Hari tuh 10 zulhijah lepas solat mghrb ade jamuan berbuka puase dr uclisoc. Sodap~~
nasi brryani ngan kmbing n ayam. Masak ape? Ntah, janji sodap.. Hehe

Takbir raya kat sini laen.. Rhendu sesangat takbir raye kat msia.. Huhuh laen bukan laen ape sbnanye.. Sini takde alunan lenggok2 tu.. Tak dpt nak 'goreng' hehe

Bnyk ag nak cite sebnanye.. Tp lenkali je la eh~
wassalam

- Posted by Blog-owner Aqmin