Blog Baru

Blog Baru
Jemput Melawat

Sayonara~
Salam Alaik.

Hari neh alhamdulillah Hassan ajak aku bukak puasa skali ngan die.
Kali neh ktorang makan dkat Camden Road, kat kedai name Eco something..(tak ingat)
ok r.. harge die murah..tp seriously, aku rase macam Simply Chicken lg sedap..(though mahal sket)

Ktorang makan skali ngan Deepak, seorang lagi lecture-mate aku.
Ramond plak tak leh join, sbb die ade hal laen.
So, lepas habis klas Histroy Of Economic Thought, n lepas solat maghrib kat Hut 34, ktorang trus naek bas 29 berhenti kat mornington crescent.

Seperti biase, bas 29 akan jadik sangat amatlah sesak.
beza die kali neh, die 'super' sesak.
sampey kne marah ngan driver bus sbb berdiri depan sangat dalam bas.

sampai kat kedai tu, ktorang pon order la makanan.
This is when the exciting part starts.

Deepak neh beragama sikh.
die vegetarian, maka die pon order la pizza vegetarian.
Sambil makan, ktorang pon sembang2 la.

Weirdly enough, these 2 people prefer to talk about religion.
*dan tentulah ktorang tak sentuh which religion is better*

kitorang banyak cakap tentang keindahan agama, bagaimana ia adalah kurniaan tuhan untuk manusia.
Dan bercakap mengenai tujuan hidup, bagaimana orang yang tidak beragama sebenarnya pada hakikat tidak mempunyai sebarang tujuan.

Deepak, bagi aku adalah antara orang yang agak istimewa.
Ibu dan ayahnya,(malah seluruh keluarganya) tidak mengamalkan apa-apa agama.
dia memilih untuk mengamalkan agama sikh, sendiri.
Hebatnya seorang yang sedemikian rupa

Kalau aku yang berada di tempatnya, mungkin aku sendiri tidak akan mengamalkan apa-apa agama.
Tapi Deepak sedar, kite semua ade tujuan hidup.
dan die sedar, menyuruh ke arah kebaikan itu adalah antara tujuan hidup seorang manusia.

Dan sungguh aku kesal, kerana aku tidak mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris dengan baik, maka amatlah sukar untuk aku katakan tentang Islam. Susahnya aku nak terangkan apa-apa, lebih-lebih lagi Deepak nih orang local, hebat inggerisnya.

Hassan pula, lahir di England. Menetap sehingga berusia belasan tahun, sebelum ibunya mendapati perubahan sikapnya kearah yang kurang disenangi.
Hassan dibawa pulang ke Pakistan atas sebab itu.
Di Pakistan, Hassan diberi pengajaran dan pengamalan Islam yang lebih teratur.
Die mendescribe dirinya
"sometimes my path is religious, but sometimes its not''
Die cerita, ada satu masa tu die siap pakai turban ngan jubah pegi kelas.

dan kebanyakan perbualan kami berkisar tentang agama.
Hassan lah yang banyak bercakap tentang agama, aku tak mampu.
aku ada ilmu, malah apa yang hassan ceritakan aku tahu, dan aku boleh tambah, tapi bila aku cuba aku jadi gagap.
aku jadi hilang perkataan.
sangat teruk. bayangkanlah, 2-2 Hassan ngan Deepak hebat inglishnye.
aku, haprak.
lol~

kebanyakan ayat quran yang Hassan cakapkan, die ingat dalam bahasa inglish je.
Aku ingat dalam bahasa Arab sekali!
tapi tak reti nak cakap.
at the end, tak kuar pon sume2 tuh.
ape da~~

Menurut Deepak, die percaya hanya ada satu Tuhan.
semua manusia di bawah tuhan yang sama.
(amazingly, this is just like Islam!)
Allah dan sumthing(nama tuhan die, aku x ingat) adalah merujuk kepada sesuatu yang sama.
cuma cara kita meng-express-kan gratitude kpada tuhan kita berbeza.

menarek pendapat ini~

Alangkah indahnya kalau Deepak mengenal Islam dengan lebih jelas?
Deepak tahu tentang Allah, tentang Muhammad, dan sebagainya.
*aku yakin dia telah membuat sedikit pembacaan mengenai Islam*
Insha-Allah, akan aku cuba perbaiki kelemahan diri.

Rabbana La tuzigh qulubana ba' daizhadai tana wahablana minladun karahmah.
Innaka antal Wahhab.
Aamen.








This entry was posted on Thursday, November 19, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 comments:

    Bunyamin Abdullah said...

    sikh once ade kaitan ngn islam^^
    check~

  1. ... on November 19, 2009 at 9:32 PM  
  2. AdaptingChange said...

    check dkat mane?
    eyh?
    Ooooo...
    tp gempaq dow die convert to sikh sorang2.
    xde member, xde family.
    just by reading, observing and thinking.

  3. ... on November 19, 2009 at 9:44 PM