Blog Baru

Blog Baru
Jemput Melawat

Sayonara~
TAHNIAH. MEMANG ME'NARIK'

Sebelum aku tuleh ape2, aku nak mintak maap dulu. Aku nih pemarah sket. emosi tak stabil. bile meletup, lva mesti kuar. ari nie naseb baik lava tak sempat kuar. tapi habuk die dah banyak menghembus.

Nie la die. Orang melayu. Orang Islam. Sedeh. Tak nak cakap banyak arr.. tengok sdr diri kite. tak payah nak tipu2 la. Allah tu Maha Mengetahui tau!

Nilah perihal end of sem dinner. Aku yakin mesti ramai yang akan menulis pasal tragedi yang sama. Tapi aku ape kesah. Aku nak jugak tuleh. 1stly, ade satu perkara yang sangat menyedihkan. Yang kalau aku fikirkan elok2, memang aku tak leh terime. Memang aku 'bengang' gak sket2. Ni ha mende die.

Ade sorang tu, die kite leh kate orang besar KY la.. Sume mende hal-ehwal pelajar KY memang sume rujuk kat die. Leh kate die bos tak rasmi KY la... Tapi sedeh. Melayu. Islam. Tapi... Kenape bile diusulkan supaya majlis malam nie diasingkan laki2 and perempuan(tempat duduk) dihalang. Katenye kolej nie kolej bebas. aku sedey. Nape la bile mende yang elok diusulkan tapi ditolak. Nak jugak dibiarkan gerbang maksiat tu terbuka luas. Knape? Why?

Pastu, semalam lak ade sorang junior gtau aku.. lagi sedeh aku dibuat nye. Dikatenye tyme orientation, budak batch 11 nih, sume budak laki and budak pompuan duduk asing2. Ye la, baru2 lg.. sume malu2 la... tapi sedeh.. ade satu suara nie memecah kesejahteraan pulak, dikatenye knape laki2 and pmpuan duduk asing2. Dikatenye kolej nih bukan kolej islam. Laki2 and pompuan KENE CAMPOR. HUH? ape nih??? Kalau ye pon nak ikut protokol kolej, konon2 kolej nie tak 'bias' agama, nape bile orang dah bwat mende elok tapi disuruh berpaling? Kalau pun tak nak ikut berdakwah bersama, knape nak menghalang pule? nape nak ditunjuk juga jalan kemungkaran? huh??? knape?? sedeh. Pain.



Dah lah macam tu. Pastu malam dinner tu plak, lepas abes sume, ramai sungguh 'manusia' berkeliaran atas padang. Berlari berkejaran ibarat Shah Rukh Khan. Sedeh. Macam Tak de arah tuju. Macam orang tak bertamadun. Kalau ye pon tak nak jadik 'islamik' tak yah arr jadik 'musyrik' plak. Bile diajukan kpada pihak atasan, lagi sedeh. Jawapan mereke selamba. "Selagi pelajar tak bukak baju, saya tak kan masuk campur." Diajukan pada pak guard pulak, jawapan yang selari dan sejanjang pula yang terpacul. "pak cik pun penah mude. Pak cik tau sume dah besar2 dan mesti nak lepas tension, kate malam terakhir."Sedeh. Inikah umat yang diasaskan ISLAM? Kalau lah Rasulullah masih ade... tak ke sedeh baginda. Kalau Umar Al-Khattab plak ade malam semalam, konfem ramai dah kene tetak dengan pedang. Silap2 ade je yang dah kene sembelih. Malu. Sedeh. Perilaku macam bukan muslim. Padan arr orang tengok islam agama yang punah. Orang tengok muslim dah bernanah! Macam ape yang ustaz malikie cakap tyme khutbah tadi(kalau korang dengar la) orang memandang islam seperti memandang satu tingkap/cermin. Apa yang dilihatnya lah yang disangka ISLAM. Walaupun imej yang terpampang dalam cermin tu sebenarnya bukan rupa sebenar(sebab mungkin besi cermin dah karat, and tertutup sebahagian cermin, kaca pecah etc). Same je. Orang tengok ISlam berdasarkan Muslim. Malu. Sakit. Kalau la Barath ke, Yogi ke tanye kite. Orang islam memang macam nih ke? agak2 sape leh jawab? or kite sume hanye leh kasik jawapan 'cool' vellu "Chill la Dude"? Malu lah sikit. Kate Khairun Ummah. Malu. Allah tengok kite. Ape yang kite dah buat. sedar la ummah. Kite skrang nih dah hancur. Apsal la kite bile dengar orang cakap ummah dah hancur kite tak terase? Tak sakit kah kite??????

عَنِ ابْنِ عُمَر رَضِيَ الله عَنْهُمَا، أَنَّ رَسُوْلَ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ((أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِ لَ
النَّاسَ حَتَّى یَشْهَدُوا أَنْ لا إِلَهَ إِلاَّ الله، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ، وَیُقِيْمُوا الصَّلاةَ، وَیُؤْ تُو ا
الزَّآَاةَ. فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ الإِسْلاَمِ، وَحِسَابُهُمْ عَلَى ا للهِ
تعالى)) رواه البخاري ومسلم.
Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta'ala. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.


Para ulamak telah sepakat mengatakan bahawa hadis ini bukan bererti kite kene perang dengan orang bukan muslim. tidak. kite perlu menyebarkan islam, bukan memaksa penyebaran islam. Maknanye, tidak ade sebab mengapa kite perlu menghalang ajaran islam ini disebarkan. Mengapa kite tak bagi orang nak buat suruhan Allah? Ape kite nih lagik besar dari Allah ke? apsal gatal2 nak mencabar tuhan nie?ingatlah.. Tidak dijadikan manusia dan jin itu melainkan untuk beribadat. Bukan untuk menghalang syariat dan menggalak maksiat.

Sambung lagi.. Tyme makan kat GH. sedeh. bukan kepalang.tapi rase cam post nih dah panjang.. nantikan sambungannye esok.. insya-allah.. masalah ummah. kite dah nak balik rumah. ade harapan tak agak2 nak berubah? Jangan sampai nanti jadi busuk name islam. sebab kite tak buat ape yang sepatutnya. malu. sedih. Pain in agony.



This entry was posted on Friday, November 21, 2008 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 comments:

    ad said...

    rujuk http://ariffad.blogspot.com/2008/11/entah-apa-tajuknya.html

  1. ... on November 22, 2008 at 5:22 PM