Blog Baru

Blog Baru
Jemput Melawat

Sayonara~
Assalamualaikum...
Alhamdulillah... Dapat gak akhirnya blog aku disiapkan... memandangkan cuti semester semakin hampiri, hati yang kering-kontang ini merasakan akan perlunya sesuatu bentuk perhubungan diwujudkan antara diri aku dengan-Nya. Dikhuatiri bile dah sampai umah nanti aku trus lupe diri.. ye la... FM 2009 dah kuar, aku pon dah lame tak sabo nak maen.. Namun mudah-mudahan dengan kehadiran blog ini dapat gak arr aku meng'allocate' sedikit mase yang berharga aku untuk buat perkara lain yang berpaedah sikit..

Firstly, aku sebenarnye 2-3 hari nie slalu rase semacam.... aku rase kadang2 semangat membara, hati melonjak bertenaga menyatakan kepentingan tanggungjawab sebagai seorang muslim dilaksanakan... kalau ikutkan hati... rase cam nak je jadik seperti Saidina Umar, dengan beraninya menyatakan kebenaran tanpa perlu takut2 lagik.. bak kata Rasulullah SAW dalam hadis baginda:

صلى الله عليه عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله
وسلم یَقُوْلُ: (( إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ آَثِيْ رٌ
مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي
الحَرَامِ آَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِ نَّ
حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَ دَ
الْجَسَدُ آُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ)). رواه البخاري ومسلم.

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang
jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang
kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka
sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh
dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang
mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara
yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang
apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

huh..kengkawan.. ape cite? betul tak? Yang betul dan Yang Salah tu 2 bende yang cukup distinct. X ambiguous langsung. Dan untuk perkara yang Shubhah pulak, kite kene jauhkan diri.. So ape masalah umat sekarang? apsal mende yang terang2 salah pon orang biarkan aje?

Sebab kite nie penakot. Kate duduk dalam negara Islam. Kata kita dah jadik senior. Kata tunggu AS. Sekarang sume dah berlalu tapi keadaan kolej saban hari makin parah. Makin berdarah. Sakit. Pain in Agony,words arranged specially to describe our(my) feelings.

So aim aku cuti nie, nak pegi surau dekat umah aku sekerap mungkin(harap2 dapat la 5 kali sehari).
Pastu aku nak bace hadis 40. Nak kuatkan ilmu fardu Ain sket..
Pastu nak try hafal atleast 2 surah sebelum Al-Mulk. Aku nak mantapkan bacaan skali.
Minimize FM(wuah...) dan maximize spiritual activities, including Chem yang dapat c and Economics.
Haha... Aku dah mengigau.. ngantuk sangat petang tadi.. hehe.. Main ngan PLUS.. kui3.. Yang pastinya, aku kene terus mengejar ilmu kerana ianya tidak penghujungnya...

Wah sory2.. ku ngantok sangat nieh, sampai tak sedar langsung ape yang berelaku...ok ek.. Moga bertemu lagi.. Wallahua'lam.. moga bermanaat.. Aamenn..


This entry was posted on Thursday, November 20, 2008 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: