Blog Baru

Blog Baru
Jemput Melawat

Sayonara~
Wah!!!! entah kenapa hari nie aku nak berbudi sket.. lol~
ramey sesangat antara kite yang sangat konpius ngan cara nak wat visa kan?
meh kali neh aku nak cite step-by-step pengalaman aku mmbuat visa.

*PERHATIAN!!!!!
Segala yang dinyatakan disini hanyalah apa yang dialami penulis, dan bukannya guide yang sangat tepat. untuk pengetahuan semua, di wisma MCA tu, kaunter disana hanya menyusun dokumen-dokumen yang kita bawa, dan mereka hanya menyemak secara kasar, samada kita telah menyediakan semua dokumen. MEREKA TIDAK MENYEMAK SAMADA DOKUMEN KITA SAH,BORANG KITA TELAH DIISI DENGAN BETUL DSB.

jadik, aku akan start menulis dengan menceritakan proses sebelum membuat visa.

BEFORE YOU GO

sebelum kite boleh pergi ke wisma MCA tu, kita hendaklah mempunyai beberapa dokumen penting. antaranya:

1)PASSPORT
2)VISA LETTER
3)All certificates/qualifications that acknowledge the fact that we have fulfill all the requirements as stated in VISA letter.
4)VAF9 form
5)Self-assessment form, appendix 8
6)student survey
7)checklist
8)bank draft, rm849
9)Financial affidavit

ingat!! kita MESTI ada semua dokumen nie, baru boleh pergi ke sana.
untuk memudahkan semua pengunjung blog penulis, penulis telah menyediakan link untuk beberapa dokumen diatas. tapi kalo nak penulis emailkan terus boleh je, especially point number 5, & 6.

Point number 4 sebenarnya adalah application form, yang mana boleh didapati dengan mengisi borang secara online disini. selepas dah klik link neh, terus je tekan ''apply for a uk visa now''
pastu kat page seterusnya, klik kotak kat bawah skali, n tekan ''continue''.
satu page baru akan keluar.dekat page neh, mula-mula masukkan email dan bende2 lain.
pastu, the very next page, anda akan mendapat satu paparan yang menyatakan select location, select nationality, purpose of application & type of application.
purpose korang kene amek ''PBS tier 4 student''
type korang kene amek tier 4(general)(sponsored) student.
dan tekan next. semua bende2 lain adalah personal details, so korang xkan ade masalah pnye lah~~
setelah abes isi, tekan print. inilah borang VAF9!!

Self assessment form appendix 8 boleh didapati disini.
untuk student survey, aku tak jumpe la link die. kalo nak bley mintak eh. comment je kat post neh, kasik email.

*tapi sebenarnya, kalau korang tak ada borang2 kat atas neh, (kecuali borang VAF9. mesti apply online. baru senang. kalo tak susah.) boleh je pegi wisma MCA neh n amek kat situ. banyak je borang kat situ. slack die borang kat sane takde colour. lol~


untuk bank draft, korang kene letakkan atas nama
"VFS(MALAYSIA) SDN. BHD."
RM849.

*IMPORTANT GILE NOTICE.
make sure korang dah PHOTOSTAT semua dokumen diatas sekali.(borang2 tak payah. yang kene semua kecuali point 4,5,6,7,8)
kalo korang tak photostat, nanti sampay kat sana ada kedai 'auntie' neh. TAPI MAHAL GILE BABENG!!! satu muka surat 30 sen!!! mahal gle kan??haha


finally, korang kene wat appointment. pg website tu, nanti kat kiri ade tuleh wat appointment. tp bende neh mengong sket, bile kome dah isi2 borang appointment tu, bahagian first name nanti kome tak leh letak dekat2. nanti kuar error.
nanti kat page appointment neh, akan kuar satu kotak, mintak kome letak number passport, first name family name number tepon ngan email.
first name ngan family name kome kene letak dekat2, takyah jarak2. contoh:
MOHDAQMIN
ABDULWAHAB.
lol~~

*btw, appointment takde lah penting sangat. aku wat appointment aritu pukul 2.00 ptg, tp sebab da sampai pukul 11.30, aku amek number lain, masuk que.
untuk pengetahuan kome, cara aku neh, akan menyebabkan kome dapat lambat sket. tp aku tak rela nak tunggu sampai pkl 2.00 bru start, ade 2.30jam tak taw nak wat ape kowt!! haha..
kalo kome masuk ikut appointment, dalam 30mins-1jam siap le.
aku aritu amek 2.00jam!!

ok, ituje la untuk sebelum pegi sane.


PERGI KE WISMA MCA!!

setelah tiba di puduraya, anda dikehendaki menaiki lrt dari plaza rakyat ke masjid jamek.
harga RM1.20

setelah tiba di masjid jamek, tukar lrt. turun yang dekat bawah tu, naek ketapi komuter(kowt!) yang underground tu. pergi ke "AMPANG PARK"
harga rm1.60

setalh tibe di Ampang park, anda perlu memandang ke kanan. anda akan terlihat "citibank". jalan ke arah sana, nanti anda akan terpandang MCA pnye bangunan.
naek flyover, cross jalan n anda akan sampai!!

di tngkat bawah tu, ade sorang makcik yang duduk dkt kaunter. die akan mintak IC anda. bagi, cakap nk wat visa UK. anda akan dapat receipt putih(??aku pon tak taw ape motif makcik tu??)
naek menggunakan lift ke tingkat 4.

di tingkat 4, anda akan berjumpe dengan seorang 'guard', bernama SURAJ. lol~
die akan tanye anda ade appointment x. kalo x, die kasik number besar2 receipt kaler pink. kalo ade, die kasik number kecik2, receipt kaler ijau.

disinilah anda akan memperoleh satu borang checklist. borang kosong ini hanya bertulis nombor2 sahaja. isilah dengan point2 yang tertulis kat atas, cume bankdraft takyah tuleh. lol~

*SEMUA KERTAS YANG DIPEROLEH KAT SINI, TERMASUK NUMBER GILIRAN, JANGAN HILANGKAN!!AKAN DIGUNAKAN KEMUDIAN.

kemudian, anda akan dipanggil untuk diperiksa dokumen2 anda. setelah siap, naik ke tingkat 19(eh, jap2. 19 ke 17 eh? lupe la.. tnye la abang kaunter tingkat 4 tuh. lol~)
kat tingkat atas neh anda akan diminta mmbuat biometric, n tangkap gamba. setelah itu, selesai!!!

selamat berjaya membuat visa ye!!


LOL~
I just right the title like that on purpose, because initially this post was about my 'last' things..
such as LAST BREAKFAST. LAST LUNCH. haha.. maklumlah, lepas nie da pose, takleh merasa breakfast ngan lunch da seblom fly. lol~(haha.. post neh dah tertunde 2-3 hari dah.. haha)

But seriously, I'm not sure when am I going to be able to celebrate Ramadhan(1st ramadhan) with my family later on.. Really hope this is not going to be the last one..

BTW, now I got too many things in my mind. Need to sort myself carefully and quickly. I need to pass the driveing test which is on 10th and 11th of Sept, then Visa application is still very much vague, and then I also need to start thinking of what to buy and stuff.. Most importantly, I'm not sure myself just yet whether I have prepared my mind to go to london.

Haisyh.. Looks like life as an '18 yrs old adult' is'nt that easy is'nt?

BTW, Newcastle just won another match against crystal palace. It was a very good match, with both side making dangerous attempts to score goals. But it took only 2mins for Nolan to register his first ever goal for the magpies and then Ryan Taylor secure the points with a powerful left footed shot. But seriously, it could have gone either way, but certainly, the best teams go home with a broad smile. =D











Jiwa kosong~
Fikiranku melayang-layang.
Entah kenapa harapan yang menggunung
kini sudah selamat menjadi terowong
Berlubang.

Aku bukanlah seorang penembak handalan yang mampu membuat 'head-shot' dalam CS dan mampu menggunakan dwarven Sniper dalam Dota dan membuat Mega Kill.

Aku juga bukanlah Cristiano Ro-Na-L(ame)-do yang mampu membuat freekick angin yang lajunya tak terperi.

Aku tak mampu nak gambarkan keceriaan seperti Dr. Fadzillah Kamsah
Aku tak mampu menangis seperti Rosyam Noor
Aku juga tak mampu berlagak biasa seperti Saiful Apek
Aku hanya mampu menjadi aku.

Pagi itu sesudah solat Subuh, aku berbaring sebentar. Dalam kepenatan kerana tidak mampu terlena dek dilanda perasaan gundah gulan tak terkira malam sebelumnya.

Beberapa ketika kemudian, telefon bimbitku berbunyi. Dari seorang teman mengkhabarkan berita yang tak disangka.

''result dah kuar''

Ku lihat jam tanganku baru jam 7.15. Aku tak percaya. Kusangka dia sengaja menambah kegelisahan yang sudah bergunung tingginya.

Dalam mahu tidak mahu, ku buka juga komputer ku. Ditekan-tekan punat papan kekuncinya untuk sampai ke laman web yang tertentu.

https://myresults.cie.org.uk/

Dimasukkan huruf-huruf tertera dalam kertas yang diberi dahulu, aku terus menekan punat 'enter' dengan ketakutan yang tak terkira. Ku pejam mata. Tak mahu melihat rasanya. Seketika kemudian, ku gosok semula mata seakan tak percaya.

ALHAMDULILLAH

Tak sangka Allah izinkan aku peroleh keputusan sebegini cemerlang. Further Maths yang menjadi kerisauanku memanjang dianugerahkan gred tertinggi yang wujud di dunia ini. "A".
Terusku hantarkan mesej kepada ibu ayah yang berada dalam perjalanan menghantar adik ke sekolah. Simfoni kesyukuran mula bertasbih dalam jiwa. Tak dapat kugambarkan kesyukuranku pada waktu itu.

Namun kegembiraan tak kekal lama. Sepantas kilat hati ku resah gelisah. Kata-kata Ustaz Hasrizal kembali menerpa. 3 soalannya ternyata masih belum ku jawab.Dulu ku katakan biar keputusan diumumkan dahulu. Sekarang? Sudahkah aku bersedia?

***

Dibawah ini ada satu sajak@pantun@syair (tak pasti) yang ditulis oleh seseorang. Insya-Allah ada manfaatnya.

Bila ada harapan
Kita akan ada keinginan
dan dari sini akan wujud motivasi
dan kemahuan

tapi
dengan harapan
boleh juga ade kekecewaan
yang boleh membunuh keinginan
dan melupuskan motivasi
dan kemahuan

Cuma satu perkara
yang kita perlu letak di kepala
ini semua Takdir Yang Maha Esa
bukan script mana-mana cerita

Ini semua bukan pengakhiran
Hanya sekadar satu peleraian
kepada klimaks yang mencemaskan
akhirnya kita beroleh keputusan

tapi ini bukan pencapaian
hanya sekadar norma harian
yang akan menjelma kemudian
cabaran baru yang lebih merisaukan

mungkin disini kita mengukir senyuman
tanda bahagia dianugerahkan kejayaan
Ingatlah sahabat ingatlah teman
ini juga satu ujian
manalah tahu kita kan menangis kemudian

Sahabat yang berjaya dan riang gembira
Ingatlah kita ceramah Ustaz Hasrizal tentang 3 perkara
sanggupkah kita tinggalkan keluarga
Walau mereka sedang derita
dilanda ujian menguji kesabaran di dada

Insafkanlah diri bahawa ini cuma satu kejadian
Yang membawa 'cerita' hidup kita ke bab hadapan
jangan sesekali lupa di tempat orang
Agama didada adat resam di jiwa jangan dibiar usang

betulkanlah kembali niat kita
Jangan sekadar nak tengok Owen score lawan Newcastle
Sebab nanti kalau Owen tak dapat score
Kita jugak yang akan kecewa
Tumpuan tak ada
semua pun bisa binasa

Ingatlah tujuan kita bukan sekadar nak grad di sana
Bukan sekadar nak rasa main salji merata-rata
Bukan sekadar nak merasa bercakap london
konon kita orang sama sedondon.

Kerana Allah itu Maha Esa Maha Kuasa
Lagi Adil dan Bijaksana
Ada juga kawan yang diuji dengan ujian berbeza
Mungkin ada yang sampai merana dan tersiksa
kerana result yang keluar menusuk mata

Bersabarlah
Ini bukan pengakhir cerita
biar jatuh kali ini
menjadi iktibar dan motivasi
Supaya kita kan terbang dengan lebih berani
Supaya kita kan bangun dengan kekuatan yang lebih berapi
jadikanlah kata-kata ini sebagai sumber motivasi
"aku pernah jatuh dengan teruk tapi aku akan bangun dengan lebih DAHSYAT."

Aku pernah berada di tempat itu
Perasaan kecewa menerpa
rasa soalan 'kenapa' tak berhenti berbunga
Jawapannya hanya ada pada Yang Esa
Ingatlah ini semua aturan-Nya

Apa-apa pun buat semua
Semoga berjaya di haluan kita
Moga kita membawa Islam bersama
Dalam menggapai kecemerlangan kita serikan agama
Dalam keceriaan kita fahamkan semua







Semalam, Newcastle seri dengan WBA. 1-1. gol NUFC dijaringkan oleh Damien Duff. Keseluruhan, newcastle tidak mengawal permainan dengan baik dan WBA pasti berasa rugi kerana corak permainan yang agak 'narrow' mereka gagal memanfaatkan peluang yang terhidang. Aku menonton siaran langsung perlawanan ini semalam dengan niat untuk 'menghilang'kan rasa gemuruh. Tapi tak berjaya.

Tapi bukan itu yang penting nya. Aku sangat gemuruh. Bak kata lagu tema MOC,

Gemuruh jiwa
semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyinar jauh dari yang biasa

Entah la apa takdir yang Allah SWT telah aturkan untuk aku. Adakah aku sudah bersedia menghadapinya? selama ini aku asyik mengelakkan diri dari berfikir tentang hari Isnin 10 hb ini. Sangat tidak stabil rasanya hormon2 badan ini bila fikir tentang detik yang dahsyat ini.

Secara jujurnya, aku ingin memperoleh keputusan yang sangat mantop. Siapa taknak?
Tapi berdasarkan jawapan yang aku mampu berikan pada peperiksaan lalu, aku dapat rasakan yang perkara itu mungkin sedikit sukar untuk berlaku. Aarrrghh... Macam mana nak hadapi hari esok nie????

Dulu, tyme sekolah menengah, member aku pernah kasik kata2 semangat yang aku rasa sangat mantop. dia cakap,
"Apa-apa pun yang terjadi, ingatlah satu perkara, Allah lebih mengetahui berbanding kita. Ilmu Allah maha luas. Ingatlah, apabila sesuatu perkara telah terjadi, ia bermakna peristiwa itu sudah berlalu. Walau air mata darah sekalipun yang mengalir keluar, fahamilah, perkara itu sudah BERLAKU. orang puteh cakap, "there's no use crying over spilled milk."

Oleh itu, aku telah mengambil keputusan. Esok, tepat jam 8.01 pagi, aku akan berada depan komputer. Aku akan letakkan username n password aku. Aku akan tekan ENTER. aku akan lihat paparan di monitor dengan hati yang reda. selepas itu, aku akan masuk ke dalam bilik. aku akan duduk di atas katil, menghadap cermin. Aku akan tanya diri aku, "apa pula selepas ini". Regardless result yang macam mane aku dapat esok, ternyata, aku masih perlu melakukan perkara ini.

Aku sedang berada di PERSIMPANGAN. segala usaha aku menjawab A-level dulu adalah umpama usaha seorang anak kecil meyakinkan ayahnya untuk singgah ke kedai membeli gula2. tiba di persimpangan, ayah akan membuat pilihan, untuk membelok atau terus jalan ke hadapan. Kalau terus, mungkin ayah ingin membawa aku kedai gula2 tersebut. Kalau membelok, mungkin ayah ingin membawaku pulang sahaja.

Andai ayah membawa aku terus, biarlah aku selamat sampai ke kedai tersebut, dan selamat membeli gula2 tersebut.

Andai ayah membawa aku pulang ke rumah terus, moga aku tidak akan menangis teresak-esak kecewa dsb. Moga tindakan ayah ini ada hikmahnya. Mana tahu, mungkin ayah ingin membuat kejutan untukku dengan membawa aku ke kedai gula-gula yang lebih besar?

Moga apa sahaja yang berlaku di persimpangan ini adalah yang terbaik untukku.Aamin.


Allahumma
Ampunkanlah dosa hambamu yang jahil ini ya Allah
Tunjukkan hambamu yang buta ini jalan kebenaran ya Allah
Jauhkan bala bencana dari hambamu yang lemah tak bermaya ini ya Allah
Berikanlah aku dan rakan-rakanku kesudahan yang terbaik untuk kami
Sesungguhnya Engkau lebih Mengetahui.

"Allah tidak akan membebankan kamu dengan bebanan yang kamu tidak mampu tanggung."



PS: Apa-apa pun, penulis rasanya akan menyepi seketika. blog, FB, email, sms, dsb mungkin tidak akan aktif bwat sementara waktu..
btw, Perasaan gemuruh, gementar, cuak, takut, tidak sedap badan, gabra dsb semua ada. Kepada rakan-rakan yang bwat course medic, apakah symptom2 penyakit yang dihidapi penulis ini? haha



You know, Its been so depressing for me in the past weeks. Not only because I did'nt manage to post anything on this blog,(I've actually halfway finished writing several posts, but in the end delete it back as I felt its just not right...haisyh...) but also because I'm started to feel the pressure of A-level results. The thought of "what to do next if.." has been haunting me for months and I just hope that Allah will lead me to what's best for me.

I tried to write about BNM's pre-depature camp, where I met several other UCL offer holders, and all of us are relishing the prospect of landing at Heathrow Airport together.. About the bonds that we have formed together, and how we were taught throughout the camp to trust each other etc2.. The fact that we got a chance to hold 1 million ringgit cash, having a chance to see 8 billion or sumthing was indeed fantastic.



Then I also tried to write about our BTN camp held in Besut, where I for the very first time had the chance of seeing K.Terengganu's city centre with Shafiq, Zul, and Syahir(KY's friends.) About the 'controversial' btn issues, as well as the tonnes of knowledge that we, the participant obtain from the camp itself. Then I even had a chance to meet my old buddy from MRSM taiping, Fihmi. He's going to Indonesia doing Medicine, and I wish him all the best of luck.

There are also a few other articles, such as ISA, Nizar, Khairy J, Anak Wayang etc2... But all of these was terminated half-way through because I felt uncomfortable with them. I'm not sure why, I just felt its not right.

But now, I'm gonna tell you something else. Something that I found rather peculiar and uncomfortable. I can still recall clearly those moments where I actually make a few lies to my friends to impress them. The idea was to tell something that they will never be able to find out. And it was fun really to do things like that.

But when I grew up a little bit, I learn the importance of being honest, and how this quality can actually help ones to succeed. But now, I realized such quality can be considered rare, and will only 'kill' us. Its ironic really, because people keep on lying, beside the fact that they don't want to be cheated. There's some stories lately that people being hypnotized just by having simple conversations. For example, my mother's friend's case. her daughter was using LRT on her way back home when suddenly a handsome gentlemen approach her asking a very simple question. he asked, "When is raya?" and suddenly everything seems dark and the next thing this poor girl remember was realizing herself being robbed. She lost every single valuable items, luckily she did'nt got hurt.

Then, there's a case in my neighborhood. There's this house, having both husband and wife working, with only their 'bibik' taking care of the house and their children. Suddenly came two people, man and woman claiming that they were the house owner's siblings and they came by to check the house's condition. When this 'bibik' open the door, she was threatened using a broad knife while the house being 'swept' clean. All cash, jeweleries, computers etc were stolen.

Then there's also another case of a woman stopping in front of your house asking for directions. She looked decent, wearing a 'tudung labuh' with a smile. And when you approach her, open the gate etc, suddenly you can't remember a thing and found yourself being tied to a chair with your house again being robbed.

What the hell? I know lying is fun(in those days), but come on! these people are actually lying to get what they want(money, etc) by hurting other people!! This is not fun anymore!! when I was a small boy, my teacher always remind us that lying is a sin. Its bad, not good etc. I think maybe these people did'nt go to school that they did'nt realize their action is sinful. The worst part is, all of these people are no other than MUSLIMS. MALAYS. yup, just like most of us, the learnt about 'budi bahasa' they learnt about 'azab api neraka'. But why did they do these thins still?

Lets just pray that Allah will show them the light. May Allah protect us from any kind of harm. Aameen