Blog Baru

Blog Baru
Jemput Melawat

Sayonara~
Semalam, Newcastle seri dengan WBA. 1-1. gol NUFC dijaringkan oleh Damien Duff. Keseluruhan, newcastle tidak mengawal permainan dengan baik dan WBA pasti berasa rugi kerana corak permainan yang agak 'narrow' mereka gagal memanfaatkan peluang yang terhidang. Aku menonton siaran langsung perlawanan ini semalam dengan niat untuk 'menghilang'kan rasa gemuruh. Tapi tak berjaya.

Tapi bukan itu yang penting nya. Aku sangat gemuruh. Bak kata lagu tema MOC,

Gemuruh jiwa
semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyinar jauh dari yang biasa

Entah la apa takdir yang Allah SWT telah aturkan untuk aku. Adakah aku sudah bersedia menghadapinya? selama ini aku asyik mengelakkan diri dari berfikir tentang hari Isnin 10 hb ini. Sangat tidak stabil rasanya hormon2 badan ini bila fikir tentang detik yang dahsyat ini.

Secara jujurnya, aku ingin memperoleh keputusan yang sangat mantop. Siapa taknak?
Tapi berdasarkan jawapan yang aku mampu berikan pada peperiksaan lalu, aku dapat rasakan yang perkara itu mungkin sedikit sukar untuk berlaku. Aarrrghh... Macam mana nak hadapi hari esok nie????

Dulu, tyme sekolah menengah, member aku pernah kasik kata2 semangat yang aku rasa sangat mantop. dia cakap,
"Apa-apa pun yang terjadi, ingatlah satu perkara, Allah lebih mengetahui berbanding kita. Ilmu Allah maha luas. Ingatlah, apabila sesuatu perkara telah terjadi, ia bermakna peristiwa itu sudah berlalu. Walau air mata darah sekalipun yang mengalir keluar, fahamilah, perkara itu sudah BERLAKU. orang puteh cakap, "there's no use crying over spilled milk."

Oleh itu, aku telah mengambil keputusan. Esok, tepat jam 8.01 pagi, aku akan berada depan komputer. Aku akan letakkan username n password aku. Aku akan tekan ENTER. aku akan lihat paparan di monitor dengan hati yang reda. selepas itu, aku akan masuk ke dalam bilik. aku akan duduk di atas katil, menghadap cermin. Aku akan tanya diri aku, "apa pula selepas ini". Regardless result yang macam mane aku dapat esok, ternyata, aku masih perlu melakukan perkara ini.

Aku sedang berada di PERSIMPANGAN. segala usaha aku menjawab A-level dulu adalah umpama usaha seorang anak kecil meyakinkan ayahnya untuk singgah ke kedai membeli gula2. tiba di persimpangan, ayah akan membuat pilihan, untuk membelok atau terus jalan ke hadapan. Kalau terus, mungkin ayah ingin membawa aku kedai gula2 tersebut. Kalau membelok, mungkin ayah ingin membawaku pulang sahaja.

Andai ayah membawa aku terus, biarlah aku selamat sampai ke kedai tersebut, dan selamat membeli gula2 tersebut.

Andai ayah membawa aku pulang ke rumah terus, moga aku tidak akan menangis teresak-esak kecewa dsb. Moga tindakan ayah ini ada hikmahnya. Mana tahu, mungkin ayah ingin membuat kejutan untukku dengan membawa aku ke kedai gula-gula yang lebih besar?

Moga apa sahaja yang berlaku di persimpangan ini adalah yang terbaik untukku.Aamin.


Allahumma
Ampunkanlah dosa hambamu yang jahil ini ya Allah
Tunjukkan hambamu yang buta ini jalan kebenaran ya Allah
Jauhkan bala bencana dari hambamu yang lemah tak bermaya ini ya Allah
Berikanlah aku dan rakan-rakanku kesudahan yang terbaik untuk kami
Sesungguhnya Engkau lebih Mengetahui.

"Allah tidak akan membebankan kamu dengan bebanan yang kamu tidak mampu tanggung."



PS: Apa-apa pun, penulis rasanya akan menyepi seketika. blog, FB, email, sms, dsb mungkin tidak akan aktif bwat sementara waktu..
btw, Perasaan gemuruh, gementar, cuak, takut, tidak sedap badan, gabra dsb semua ada. Kepada rakan-rakan yang bwat course medic, apakah symptom2 penyakit yang dihidapi penulis ini? haha



This entry was posted on Sunday, August 09, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 comments:

    nuruddin muhamad said...

    thanx Qemin, congratz kat ko gak,so ko kemane?

    act ak still dapat travel walopon xde visa, senior pon cakap cenggitu.unless dyorg tetibe tukar polisi taun ni

  1. ... on August 10, 2009 at 5:01 PM  
  2. AdaptingChange said...

    Tq Din..
    Aku IA lps nie ke UCL la.. Moga2 pemergianku ke sana disulamkan rahmat dan berkat dari-Nya.. Aamin..

    OK arr bro.. Tahniah skali lg.. I'm proud to be ur friend.. Dr. Azzinkie, dah sampai ireland jgn lupe member!
    Ahaks!!

    nanti rerajen meh la kota london...hehe

  3. ... on August 11, 2009 at 2:52 AM