Jiwa kosong~
Fikiranku melayang-layang.
Entah kenapa harapan yang menggunung
kini sudah selamat menjadi terowong
Berlubang.
Aku bukanlah seorang penembak handalan yang mampu membuat 'head-shot' dalam CS dan mampu menggunakan dwarven Sniper dalam Dota dan membuat Mega Kill.
Aku juga bukanlah Cristiano Ro-Na-L(ame)-do yang mampu membuat freekick angin yang lajunya tak terperi.
Aku tak mampu nak gambarkan keceriaan seperti Dr. Fadzillah Kamsah
Aku tak mampu menangis seperti Rosyam Noor
Aku juga tak mampu berlagak biasa seperti Saiful Apek
Aku hanya mampu menjadi aku.
Pagi itu sesudah solat Subuh, aku berbaring sebentar. Dalam kepenatan kerana tidak mampu terlena dek dilanda perasaan gundah gulan tak terkira malam sebelumnya.
Beberapa ketika kemudian, telefon bimbitku berbunyi. Dari seorang teman mengkhabarkan berita yang tak disangka.
''result dah kuar''
Ku lihat jam tanganku baru jam 7.15. Aku tak percaya. Kusangka dia sengaja menambah kegelisahan yang sudah bergunung tingginya.
Dalam mahu tidak mahu, ku buka juga komputer ku. Ditekan-tekan punat papan kekuncinya untuk sampai ke laman web yang tertentu.
https://myresults.cie.org.uk/
Dimasukkan huruf-huruf tertera dalam kertas yang diberi dahulu, aku terus menekan punat 'enter' dengan ketakutan yang tak terkira. Ku pejam mata. Tak mahu melihat rasanya. Seketika kemudian, ku gosok semula mata seakan tak percaya.
ALHAMDULILLAH
Tak sangka Allah izinkan aku peroleh keputusan sebegini cemerlang. Further Maths yang menjadi kerisauanku memanjang dianugerahkan gred tertinggi yang wujud di dunia ini. "A".
Terusku hantarkan mesej kepada ibu ayah yang berada dalam perjalanan menghantar adik ke sekolah. Simfoni kesyukuran mula bertasbih dalam jiwa. Tak dapat kugambarkan kesyukuranku pada waktu itu.
Namun kegembiraan tak kekal lama. Sepantas kilat hati ku resah gelisah. Kata-kata Ustaz Hasrizal kembali menerpa. 3 soalannya ternyata masih belum ku jawab.Dulu ku katakan biar keputusan diumumkan dahulu. Sekarang? Sudahkah aku bersedia?
Dibawah ini ada satu sajak@pantun@syair (tak pasti) yang ditulis oleh seseorang. Insya-Allah ada manfaatnya.
Bila ada harapan
Kita akan ada keinginan
dan dari sini akan wujud motivasi
dan kemahuan
tapi
dengan harapan
boleh juga ade kekecewaan
yang boleh membunuh keinginan
dan melupuskan motivasi
dan kemahuan
Cuma satu perkara
yang kita perlu letak di kepala
ini semua Takdir Yang Maha Esa
bukan script mana-mana cerita
Ini semua bukan pengakhiran
Hanya sekadar satu peleraian
kepada klimaks yang mencemaskan
akhirnya kita beroleh keputusan
tapi ini bukan pencapaian
hanya sekadar norma harian
yang akan menjelma kemudian
cabaran baru yang lebih merisaukan
mungkin disini kita mengukir senyuman
tanda bahagia dianugerahkan kejayaan
Ingatlah sahabat ingatlah teman
ini juga satu ujian
manalah tahu kita kan menangis kemudian
Sahabat yang berjaya dan riang gembira
Ingatlah kita ceramah Ustaz Hasrizal tentang 3 perkara
sanggupkah kita tinggalkan keluarga
Walau mereka sedang derita
dilanda ujian menguji kesabaran di dada
Insafkanlah diri bahawa ini cuma satu kejadian
Yang membawa 'cerita' hidup kita ke bab hadapan
jangan sesekali lupa di tempat orang
Agama didada adat resam di jiwa jangan dibiar usang
betulkanlah kembali niat kita
Jangan sekadar nak tengok Owen score lawan Newcastle
Sebab nanti kalau Owen tak dapat score
Kita jugak yang akan kecewa
Tumpuan tak ada
semua pun bisa binasa
Ingatlah tujuan kita bukan sekadar nak grad di sana
Bukan sekadar nak rasa main salji merata-rata
Bukan sekadar nak merasa bercakap london
konon kita orang sama sedondon.
Kerana Allah itu Maha Esa Maha Kuasa
Lagi Adil dan Bijaksana
Ada juga kawan yang diuji dengan ujian berbeza
Mungkin ada yang sampai merana dan tersiksa
kerana result yang keluar menusuk mata
Bersabarlah
Ini bukan pengakhir cerita
biar jatuh kali ini
menjadi iktibar dan motivasi
Supaya kita kan terbang dengan lebih berani
Supaya kita kan bangun dengan kekuatan yang lebih berapi
jadikanlah kata-kata ini sebagai sumber motivasi
"aku pernah jatuh dengan teruk tapi aku akan bangun dengan lebih DAHSYAT."
Aku pernah berada di tempat itu
Perasaan kecewa menerpa
rasa soalan 'kenapa' tak berhenti berbunga
Jawapannya hanya ada pada Yang Esa
Ingatlah ini semua aturan-Nya
Apa-apa pun buat semua
Semoga berjaya di haluan kita
Moga kita membawa Islam bersama
Dalam menggapai kecemerlangan kita serikan agama
Dalam keceriaan kita fahamkan semua

***

0 comments: