"ZAP!!!"
bunyi kilat menyabung. Seluruh isi bumi jelas terkesan dengan dentuman yang dahsyat itu. Jelas sekali awan kelabu sudah penuh meliputi langit yang asalnya biru. Tanda hujan bakal menyimbah membasahi Al-Ardh yang kelihatan lesu.
Pada kala ini, sesiapa sahaja yang melihat langit pasti akan berkata "hari nak hujan". "sat lagi hujan mesti lebat". "Ala.. camna nak maen bola kalo hujan..."
Aku bingung. Mengapa, soalku. Apa yang dilihat dilangit sehingga mereka membuat kesimpulan hujan bakal turun? Apakah tertulis dengan jelas di Al-Sama' dengan kalimah bertakhtakan permata dengan bahasa rahsia bahawa hujan bakal menimpa? Kenapa tidak kulihat apa-apa melainkan segumpal awan kolunimbus yang pekat semata.
Tiba-tiba, satu suara menerpa. "memang la tak tulis. tapi paham-paham je la. Dah gelap, mesti nak hujan. bajet tak biase je..."
Aku terkesima. Apa yang dimaksudkan dengan "biase"? Bagaimana kita mampu melompat dari satu pemerhatian, terus kepada kesimpulan. Dimana bahagian analisis, bahagian kajian, bahagian pengujian dan sebagainya? di mana hipotesisnya, dimana inferensnya, dimana pembolehubah-pembolehubahnya? Ataupun, apa 'null hypothesis' nya, apa 'alternative hypothesis' nya, apa 'significance level'nya, apa 'Degree of freedom'nya? bagaimana satu kesimpulan dapat dibuat kalau ianya tidak melalui semua langkah-langkah ini? Apakah kita hanya menerima semata-mata?Atau semuanya berdasarkan pengalaman? berdasarkan kefahaman. KEPERCAYAAN.
Ya, itulah perkataannya. BELIEF. KEPERCAYAAN. kita mampu melakar satu kesimpulan dengan mudah kerana kita percaya berdasarkan apa yang kita nampak bahawa sesuatu perkara itu betul/akan berlaku. Kita nampak awan gelap, kita percaya ianya akan hujan. Jadi, satu persoalan mahu ditujukan. Kenapa tatkala kita mendengar bahawa Islam itu agama yang benar, suruhan Islam itu suruhan yang benar, Muslim diharamkan memakan khinzir, etc2, kita melenting? kita tidak berpuas hati. Kita 'argue'. kita mintak semua saintifik facts. Kita mintak supaya saintis kaji, relevan berpuasa. Kita suruh ahli fisiologi periksa kebaikan solat. Kalau tak ada semua data tu, kita tidak puas hati. Kita kurang yakin. Adakah kita tidak BERIMAN dengan rukun Iman?
Soalan kedua. Lihat gambar dibawah.
Bayangkan, di padang hijau yang luas ini, terdapat berpuluh-puluh burung pipit. Sekawan burung ini berlegar-legar di atas permukaan padang buat seketika lamanya. Apa yang anda nampak?
Ya, ada banyak ulat/belalang/cengkerik/etc di padang ini. Adakah tertulis "Worms Available HERE"? tidak. Tapi, kehadiran burung-burung itu menandakan mereka mengesan 'makanan', sekaligus membolehkan kita membuat konklusi ada banyak hidupan-hidupan kecil ini.
katakanlah, kalau pemilik tanah ini suatu hari ternampak berbelas-belas ekor ular. Apa konklusi anda?
a)ada party ular
b)wujudnya tikus disini
c)ada orang buat kes aniaya
Ya, pasti anda memilih 'wujudnya tikus di sini'. Kenapa? Kerana anda sudah nampak 'corak'nya. Pertama sekali, kewujudan burung menandakan wujudnya ulat. Maka setelah kita buktikan kes pertama, kes kedua tidak lagi perlukan pembuktian. Kita dengan mudah akan membuat andaian kes kedua mirip kes pertama maka berlatarbelakangkan perkara yang serupa. c. kata kita, dengan yakin.
Tapi, pabila Al-Quran sudah buktikan keajaiban seorang ibu mengandungkan anaknya, proses pertumbuhan dari sperma kepada zygote, sebelum ke peringkat seterusnya(maaf, penulis sudah lama meninggalkan subjek biologi, mungkin boleh rujuk Dr. Neard), kemudian keajaiban penciptaan Tumbuh-tumbuhan dari sebiji benih, dan berbagai-bagai lagi kekuasaan Allah SWT, mengapa kita sukar sekali untuk menerima kenyataan ini dan terus membuat konklusi tentang kekuasaan Allah, malah kita terus mengkaji dengan harapan dapat membuktikan ketidak sahihan Al-Quran? Kita kaji asal-usul manusia, dan membuat konklusi tentang evolusi yang kononnya membuktikan ketidaksahihan Al-Quran, manusia kononnya berasal dari monyet. Kenapa sukar kita menerima kenyataan Al-Quran Adam manusia pertama diturunkan bersama Hawa? Kita tunjukkan bahawa Agama dan Sains tidak selari. Kononnya bukti Tuhan tidak wujud. Bukti manusia hidupan paling berkuasa. Apakah ini semua?
Sahabat-sahabat yang disayangi. ingatlah. "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?" Surah Ar-Rahman(berkali-kali diulang, mula dengan ayat 13.)
Apakah kita masih tidak dapat melihat kekuasaan Allah? Apakah kita ini terlalu degil untuk mengikut suruhan-Nya? "Afala Tatafakkarun"
PS: Untuk memahami perenggan ketiga, pembaca dinasihatkan mempelajari asas-asas sains dan FURTHER statistic untuk lebih mudah men"digest" maksud penulis.
Wassalam. moga bermanfaat.

0 comments: