Blog Baru

Blog Baru
Jemput Melawat

Sayonara~
Its been quite some time since i last wrote here. Not because i don't wanna to, but simply because i can't. really. My internet connection has gone mad(and after a couple of calls to TM, then only it healed.) I was only able to access the borderless world yesterday, after not being able to log in for a few days.

Well, ape macam? ok tak kalo aku tuleh bahase mat saleh nih? hehe.. walaupun intenet aku tak elok, tapi kan sebnanye... kalo elok pon i'm unlikely to write anything here. aku terasa malas yg amat sangat. Sangat3... nak study pon malas, nak kuar jalan2 pon malas, nak makan pon rase malas!! rase cam nak tido atas katil sampai bebile.. hiishh3... ape la nak jadik ngan aku neh.. trok btol..... Minggu lepas la aku rasa sangat tak produktif.. dahla baca buku siket gila.. ko ni nak fly ke taknak qemin.. huhu.. malas yg amat sangat la.. hish3.. ada papa cadangan tak nak jadek rajen?

Tapi kan.. minggu lepas aku pegi Padang Besar.. beli jersey Newcastle(howay the lads!) ngan kopiah putih(sebab akunye dah kotor sesangat.. khuneng kalernye..) kat sana kan.. tersentuh lak aku.. kat pasaraya(well, not exactly pasaraya la, lebih kurang cam bazaar) ade surau(huh,skunk nie kat memane pon dah ade surau.. Alhamdulillah..)Tapi yang menakjubkannya kan... surau nie AZAN TIME ZOHOR KAT DALAM BAZAAR TU!! fuiyo... bagus gle kan? azan dalam psaraya. Apsal ekk kat dalam Parkson@Jusco kita tak buat cam tu? azan kat speaker besar tyme masuk waktu? huhu.. bagusnye orang2 Thailand nih(padang beso tu sempadan, so banyak orang mix2 la.. kat sana pon ramey ja orang pakai kupiah2 sepanjang hari.. tak macam kita(well, aku actually) yg nak pakai kupiah tengah jalan pon segan.. takut orang ingat aku ustaz mana2 lak.. huhu...)

tetibe.. teringat plak channel 109(kat astro la.. ape ntah namenye.. Aruna ekk?) slalu ade siaran "indahnya Iman".. besa 30 min seblom azan.. depa pasang orang zikir2 dulu.. n bila masuk waktu, depa tunjuk sorang pakcik nih tutup kedai kueh mueh die and bvagitau ahchong pekedai sebelah dia nak pegi sembahyang. siap pasang signboard lagik.. Tersentuh aku.. memang mengikut panduan Al-Quran.

Surah Al Jum'ah, ayat 9&10
"[9]
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),
[10]
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). "


Wallahua'lam..



ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


Siapa kita huh? Kenape? tak knal ke diri sendiri?

A'ah. Memang ramai sesangat yg tak kenal dengan diri sendiri. Besar kemungkinan diri penulis sendiri. Bila kita nampak sesuatu yg kita inginkan, jarang sekali kita menilai kembali diri ini. Jarang sekali kita periksa had dan kapasiti seorang muslim sejati. Jarang sekali kita tanamkan dalam hati sifat husnudzon walhal itulah sifat yg perlu ada kalau kita tidak pasti.

Ya, memang benar, dewasa ini berkat hidayah Yang Maha Esa, alhamdulillah sudah ramai yg sedar akan tanggungjawab masing2 sebagai khalifah Allah. Tetapi nilailah kembali, sama ada kita sekadar sedar akan tanggungjawab itu sahaja atau kita memahami sepenuhnya. Seperti dalam MYC(peserta2 rasenye dah 'masak' dengan term nie) "berbeza tahu dan faham". Syukur, ramai yg dah tahu tanggungjawab Amar Ma'ruf Nahi Miungkar. Tapi adakah kita melaksanakannya dengan penuh hikmah. Adakah kita melaksanakannya sebagai seorang manusia yg juga hamba Allah? Atau kita laksanakannya seperti "tuhan"? Kita jatuhkan hukum sini dan sana? Kita kata org tu jahat orang nie baik? renungkanlah. Kita manusia. Bukan Penghukum tapi Penyeru.

Bak kata Syed Qutb(bukan Sayed ekk) -lebih kurang maksudnya-"Manusia bertanggungjwab melakukan amar ma'ruf Nahi Mungkar, bukan menyatakan Ma'ruf itu pahala dan Mungkar itu dosa. Itu kerja Allah yg Maha Esa." Jadi, Siapa kita? Manusia @ siapa? Hamba @ tuan? Check balik diri sendiri. Besar kemungkinan Allah telah anugerahkan hidayah-Nya kepada kita, cuma kita masih belum memahami maksud-Nya. Allah timbulkan dalam hati kita rasa kasih dan sayang kepada teman seperjuangan. Allah timbulkan perasaan inginkan tertegaknya kalimah Allah di bumi KYUEM. Allah timbulkan perasaan membara dan bersemangat waja untuk kita berdakwah! Alhamdulillah. Tp jangan lupa. kita manusia biasa. kita masih hamba Allah yg Maha kuasa.

jadi marilah kita periksa kembali modus operandi yg telah kita sama-sama laksanakan. Benar. Ada yang menyatakan perlunya KETEGASAN dalam berdakwah. perlunya UMAR AL-KHATTAB yg ditakuti dan dihormati. Perlunya wujud insan yg begitu signifikan dalam mata masyarakat, sehinggakan tiada kemungkaran yg berani dilakukan dihadapannya. Benar. Kadangkala itu perlu. Tapi kita perlu mengikut situasi dan tempat. Bak kata seorang teman, kita kene ikut "waqi' " setempat.

Waqi' kalau tak silap menurutnya bermaksud keadaan masyarakat. Cara kehidupan, pergaulan, dan sebagainya. Bagaimana semua ini akan sedikit sebanyak mempengaruhi cara dan metodologi yg sebaiknya. Ingat tak "Thabat Wal Murunnah"? Tetap dan anjal? ha, itulah dia Islam. Sangat sempurna. Untuk semua golongan di semua tempat, pada bila2 masa. Indahnya Islam. Subhanallah. Jadi untuk tahu samaada cara dakwah kita sesuai atau tidak, kenalah rujuk dengan Waqi' setempat. Kene lah gunekan segala sumber yg ada untuk mengetahui situasi masyarakat.

Contohnya. Untuk berdakwah kepada masyarakat KYUEM, kita kena memahami mereka dulu. Gunakan segala sumber yg ada. Rujuk pada cikgu2, tanya ustaz&ustazaah, and paling elok, join masyarakat dulu. Setelah kita memahami barulah kita senang difahami. Dan ingatlah, setiap orang itu berbeza2 pandangannya, dan berbeza2 jugalah kaedahnya.

Pernah seketika dahulu, Rasulullah SAW didatangi oleh beberapa sahabat. Para sahabat datang seorang demi seorang, bertanyakan satu soalan yang serupa, yakni 'apakah amalan yg paling elok'. Kepada seorang sahabat, Rasulullah bersabda, "Taatlah kepada ibu bapa", tapi kepada seorang sahabat lain, Rasulullah bersabda, "Jihad Fi Sabilillah" dan sahabat lain pula
lain jawapan Baginda. adakah ini menunjukkan Rasulullah itu tidak tetap pandangannya? TIDAK!! tetapi itulah buktinya "Thabat Wal Murunnah" nya Islam ini.

Maka, sekali lagi, penulis ingin menyeru kepada semua teman yg tersayang. perjuangan kita masih jauh. beribu2 batu jauhnya. Jangan kerna sekali kita terjatuh maka terus kita mengeluh. Jangan hanya kerna sekali kita tewas, maka tiada lagi harapan yg melangit luas. Manfaatkanlah masa muda kita dan pelajarilah daripadanya. Ingat satu perkara, kita manusia biasa. Yang hina. Yang tidak bermaya. Jangan mudah berprasangka. Berhusnudzonlah. Dakwah itu bermula dari dalam hati nurani. Hasilnya diterjemah dalam perilaku yg suci. Dan kemudiannya akan bercambah menjadi sikap dan tabiat yang berkekalan sepanjang hayat. Insya-Allah.

"Rabbana La Tuzigh Qulubana Ba' Daizh Hadaitana Wahablana Mil Ladun Karahmah. Innaka Annta Al Wahab"

Dan kepada mereka yang merasakan tidak tergolong dalam golongan yang 'menyeru' ini. Kepada mereka yg barangkali lebih gemar bersama teman berbanding bersama tuhan. Kepada mereka yang barangkali sibuk dengan tanggungjawab sebagai seorang manusia yang segak bergaya dan berwibawa di dunia, janganlah lupa, kita semua sama sahaja. Manusia hina, hamba yg tidak bermaya di mata Yang Maha Pencipta. Jangan sesekali kita tinggalkan Islam, semata2 untuk tampak gah di dunia. Kerna semua itu hanya sementara belaka. Tidak empunya pengkhiran yang berkekalan selamanya. Ingatlah, kita SEMUA SAMA SAHAJA. JADI TIADA SEBAB MENGAPA AMALAN KITA PERLU BERBEZA. TIADA SEBAB MENGAPA KITA LEBIH dari yang lain. Melainkan kerna Iman dan Amalan kita di mata Allah. Fikir2kanlah.....

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


Untuk pengetahuan pembaca, cerita ini mungkin ade kaitan dengan yang masih hidup @ yg telah pergi. Tapi nak kasik tak de skandal, anggap je tak de kaitan ekk..

"ko ni narrow-minded arr.. cube open sket.. ko nih kasik orang ingat islam tu rigid je tau!"

Ambek sebijik! nie lah antara perkataan yg berhembus keluar dari mulut seorang teman. Pedih, tapi memikirkan tentang kebarangkalian wujudnya kebenaran, maka akalpun mengatasi hati. Berfikir tentang kemungkinan benarnya hujah itu. Sesudah beberapa ketika berada di bumi asing negara orang, perasaan berkata, "baik aku fikir balik elok2... maybe betul bende tu"

Jadi kuperuntukkan beberapa ketika untuk berfikir. Aku cuba renungkan, perhatikan dan seterusnya cuba mendalami dan memahami maksud2 tersirat yg cuba disampaikan. Bile difikirkan, aku mendapati rasionalnya susunan perkataan tersebut.

Aku perhatikan sekeliling. "muslim" hanya bergaul dengan "muslim". Kite kate bende tu salah, bende ni salah. Kite tak nak join mende tu. taknak join mende nih. Ade benarnya tindakan ini. Ada juga SALAHnye.. bile kite mengasingkan diri dari 'dunia', maka kite secara tidak langsung meminta agar kita dipelihara tapi dari 'golongan yang bukan kita'. IE: "muslim" tak bergaul dangan orang laen sebab taknak jadik macam orang lain. itu yang bahagian betulnya. tapi bahagian salahnya pulak ialah 'bahagian lain' juga tidak akan menjadi 'muslim'..

Fikirkanlah. Kalo kita asyik menjauhi orang yg bukan sealiran dengan kita kerna takut dipengaruhi@ rosak, nescaya prcayalah sangat sukar bagi mereka untuk memahami kita.


Seorang teman berbangsa Amerika Syarikat, pernah bertanya."why you guys cannot mingle with each other? I mean boys and girls.. geez.. its weird.. you guys are such a boring person. Totally uncivilized.. Looks like a freaking awful rule to me. Yet many of you still disobey it. My muslim friends, well other than you of course, seems to lost their minds when it comes to parties. They often do 'that' if you know what i mean. So those rules totally f***ed up! "

Sekali lagi, ambik beberapa bijik!! Tapi nak marah pon tak bleyh. Teman tu bercakap benar. Takda yg salah. except bahagian yg die kate rules islam nie tak elok, tu je arr. tapi pasal remaja2 muslim di bumi Amerika ini, terutama dari negara asing (M'sia, Indon, Thailand) sering 'rosak' imannya sejurus selepas menjejak kaki ke bumi Amerika ini. Sedih, tapi kebenaran. Memilu dan Memalukan. Tapi sukar dinafikan.

BENDERA US DENGAN LAMBANG BULAN.


Bila fikir pasal ape yg teman ini katakan, aku rasa terpanggil untuk merubah cara hidup aku. Aku seorang yg suka mengasingkan diri. Tak suka menyertai event2 besar. Takut nanti hidup akan bercelaru. Takut hidup akan punah. Tapi aku INGIN mengambil risiko itu. Aku RELA berhadapan dengan dugaan dan cabaran. Kerna aku YAKIN hanya dengan menyertai mereka(dengan erti kata bergaul dengan batas) lah aku mampu buktikan dan tunjukkan kepada mereka ISLAM SEBENAR.

Aku cuba berubah. Tukar hampir semua cara aku melihat dunia ini sebelum ini. Aku dulu pabila diajak makan bersama teman bukan islam, aku menolak dengan tegas. Aku kata tak berminat. Tapi kini aku ikut sama. Bila mereka ajak makan ke kedai yg non-muslim(non-halal) aku terangkan kepada mereka. Aku katakan aku seorang MUSLIM dan MUSLIM makan makanan yg halal sahaja. Aku terangkan pada mereka apa itu halal. Aku terangkan kepada mereka kenapa itu dan kenapa ini. Kagum aku perhatikan mereka. Jauh lebih berminat dari saudara seagama. Dan yang paling pentingnya, mereka MENGHORMATI prinsip seseorang. Sama seperti mereka menghormati seorang yg VEGETARIAN. Alhamdulillah, syukur hidup kini kebih luas pandangannya.

BUKU YG SANGAT SESUAI DIBACE

Dulu bila diajak bersama untuk belajar di perpustakaan, aku sering menolak kalau ada wanita bersama. Kerna ku yakin nanti akan berakhir dengan gelak ketawa dan suka riang termasuk dosa yang memanjang. Tapi kini aku tukar. Aku sertai mereka. Aku pergi ke sana dan tetapkan pendirian ku. Mulakan pelajaran dengan kalimah suci, dan juga doa. Kemudian belajar dengan tenang. Perlu diakui, kadangkala turut sama bersuka-ria bersama mereka. Turut terlibat dengan lawak jenaka. Tapi kurasakan itu semua perlu. Perlu supaya pandangan mereka tidak serong terhadap ISLAM. Supaya mereka tidak menyangka ISLAM itu rigid. Supaya mereka tidak menganggap ISLAM itu NARROW-MINDED.

Akhirnya, setelah hampir 3 tahun berada di bumi orang, Alhamdulillah aku selalu ceria. Teman2 menghormati aku sebagai seorang manusia dan juga teman rapat. Kami semua sahabat baik. Saling menghormati. Malah, 2 orang teman dalam kumpulan itu juga telah sama-sama memeluk Islam. Kerna sedar akan kebenarannya. Kerna yakin dengan ajarannya. Kalau bukan kerna izin Allah dan hidayah-Nya yang membuka hatiku untuk bersama mereka, mungkin sehingga kini pun mereka masih tidak dapat 'melihat' Islam.

Konklusinya, mungkin betul cara kita untuk berjaya ialah dangan menyertai orang2 tertentu sahaja. Memilih dalam berkawan. Saidina Umar RA(kalau tak silap) pernah berkata kalau nak lihat sesorang itu, maka lihatlah sahabatnya. Jadi penting untuk kita memilih sahabat. Tapi tepuk dada, tanyalah iman. Adakah kita ingin kejayaan dunia akhirat bersama teman2 tertentu sahaja @ denga semua kawan2 lain? Adakah kita ingin terus menjauhkan diri dari kawan2 yg 'x islamik' supaya akidah dan ibadah kita terjaga? ATAU kita ingin bersama dengan 'kawan2 yg kurang islamik' tu dan cuba selami dan fahami mereka sebelum kita mula memahamkan mereka? INGAT, SEEK FIRST TO UNDERSTAND, BEFORE BEING UNDERSTOOD.

Mungkin kita tertanya2 kenapa bila kita ajak perkara yang baik, tapi orang pandang serong. Orang taknak dengar. Tapi cuba kalau kita sertai mereka buat perkara tak elok tu(perlukan iman yg kuat. SERTAI bukan bererti buat perkara itu, sebaliknya cuba memahami kenapa bagaimana dsb mereka lakukan perkara itu) dan lontarkan DA'WAH yang sekencang2 nya untuk mencegah perkara itu. JANGAN INGAT KALAU KITA TAK BUAT PERKARA ITU MAKSUDNYA KITA ORANG BAIK. MUNGKIN DISEBABKAN KITA BUAT PERKARA ITULAH SEBENARNYA KITA ORANG YG BAIK DI SISI ALLAH.

Contoh mudah. Mungkin ramai orang kata kolej kita ade gang tangga. Cuba kalau kita SERTAI mereka dan cuba berinteraksi seperti biasa sebagai seorang teman. Bukan sebagai seorang cikgu. Teman tidak akan mengarah, sebaliknya menasihat. Nasihat bukan dengan ancaman@tengkingan, tapi dengan kasih sayang. Kasih Sayang bukan untuk bermaksiat, tapi untuk menyedarkan ummat. Teman juga tidak menasihat sebenarnya. Tapi meluahkan perasaan dengan ikhlas. Menyatakan hasrat hati untuk membuka pintu hati. Insya-Allah kita mampu melakukannyA!!!

PS: ingat, jangan sebab kita nih selalu pergi surau kita ingat kita orang baik. Sebab kita bukan pengadil untuk pertandingan kebaikan.
Ingat, jangan hanya sebab kita nampak geng tangga kita label depe dengan nama2 yg tak senonoh. Kita kata ahli neraka. Sebab kita bukan pengadil neraka. Jangan juge kita ingat geng tangga itu bende yg tak elok. Sebab kita jugak bukan pengadil ke'elok'kan. Nak tau elok@ tidak, join dulu.

SOMETIMES, WE HAVE TO MAKE A MISTAKE TO KNOW THAT ITS A MISTAKE. THAT'S WHY ALLAH IS SO FORGIVING.
ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


Ari nie penulis tengok sume jiran2 penulis girang gembire pakai baju warna-warni pegi semayang raye.. sume jiran2 yg ade pon jiran2 yg sambut raye ngan cucu.. yg len sume dah ilang.. balek kampong.. tapi penulis stay kat rumah.. sebab tak de tempat nak beraye.. umah nenek ngan atuk 2-2 belah dah tiada.. rumah makcik2 dan pakcik2 plak jauh2... n depa pon beraye kat kampung yg satu lagi.. sebabkan abang penulis akan pulang ke KL untuk bekerje... jam 2.00 petang.. jadik kami sepakat satu family beraye kat umah je.. makcik aku sorang tu, suami die pegi India, join beraye ngan kami.. sedey.. tapi sebab makanan sodap, terubat le sedeh hati nie... ngeh3..

Semalam, tyme isya', pakcik yg aku citer seblom nih, pon wat le announcement.. die cakap semayang kol 8.30.. aku mule2 terkejut gak, sebab ape lambat.. kang nak korban lagik.. ghupe2nye korban akan dijalankan ari raye kedue.. 1st tyme beraye kat kedah.. tak tau plak depenye stail camnie.. so esok la bru aku leh tengok org sembleh lembu kambng..

Tapi highlight yg aku nak citer ari nie ialah KEKALAHAN MALAYSIA DI TANGAN VIETNAM DALAM PIALA AFF SUZUKI.. kecewe aku nengok nye.. maen cam kucing.. tensi =(.. M'sia kalah 3-2, main reason sebab KEEPER MENGELAMUN!! HElmi Eliza Alias tu ha.. tido je.. ade ke patut fullback Vietnam bwat clearence dari depan kotak penalti Vietnam(sebab sedang di'asak' oleh pemain malaysia) bola leh masuk gol malaysia?? rekod tu! Xabi Alonso pon score dari half-line.. nie dari depan kotak penalti.. dah arr 1st gol, kawan penulis yg keeper sorang tu(@!%1%) pon leh tangkap.. bola senang je dari luar kotak penalti midfield depa sepak.. tak laju pon.. die leh dive tapi tak kena bola.. kalo bola cam gerard takpe la.. wat malu je.. coach Vietnam pon gelak je.. macam ape ntah.. malu. nak tengok bola m'sia pon skunk tak lalu. perabes duit rakyat kasik depa insentif, carik sponsor baru, baju lawa kasut mahal(sorang tu siap kaler pink lagik) gaji lebeh... tapi main lembek.. huish.. tensi tol...

YG elok sket rasenye Indra Putra je.. die je evnthough tak larat lari n super-slow, tapi passing ok, shoot on target etc.. amirulhadi pon maen ok gak.. tapi zaquan adha tu.. huish.. banyak gle chance tapi tak gheti2 ... tp ok gak arr not bad.. yg paling trok keeepeeeepeeeeeerrrrrr arrrr... tensi gle.. haaaarrrrrrggghhh... huhu.. mintak maap la.. aku nak luah perasaan geram+tension nih.. pasni lawan thailand.. bukan nak pessimist, tapi peluang nak menang just 10%(or below).. depe nye player mantap2, Theraasiil Daenda, Suree Sukha, pastu ade bekas striker reserves liverpool.. mantap tuh.. dah arr.. tak gune nangis lepas maen trok.. huhu..


ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


Salam. "CHECK Balik"... antara wording yg slalu didengari penulis semasa berada di bangku(not exactly atas bangku la..) sekolah menengah. Seorang senior kerap mengingatkan juniornye supaya sentiase check segala perbuatan@pemikiran yg sudah 'biase' dan sebati dgn jiwe kite.. contoh, kite slalu cakap "kebetulan, kalo tak..".. kalo pikio(bhse kuno perak) balek, mane ade mende kebetulan.. Semuanya dah Allah aturkan.. ye tak?

Allah dah siapkan sume peristiwa, sejak azali(bukan 21A,hehe.. bukan petbro die gak..wakaka) lagi.. jadi kalo kite pikir balik, adekah mende2 yg terjadi adelah satu suratan@kebetulan?(wah.. cam lagu sudirman le plak..) patut wujud kah phrase "naseb baek ko datang, kalo tak....", "fuh, kebetulan plak baju aku same kaler ngan awek ko...", "pergh.. camne ntah aku naseb je bleyh dapat A ni.."????????? Pinjam balek phrase senior tu, "CHECK BALEK!!".. versi modennye, "LU PIKIR LA SENDIRI!!"-courtesy to nabil raja lawak..ngeh3..

Sebnanye ari ni nak cite mende laen.. tadi, tyme solat maghrib.. aku sakit perut, so t'lambat la sampai surau.. sampai2 jadik arr makmun masbuk...(lambat 1 rakaat..) tapi semayang nye macam kureng khusyuk sket, and tetibe pakcik(yg slalu jadik imam) sorang tu sampai seblah aku n jadik masbuk gak.. aku pelik arr sebab die biase sampai awal gle.. ari tu 6.30 lagik dah ade kat surau bace quran.. so aku pon t'buat macam2 andaian... nak jadik husnudzon, aku pikir arr maybe die pon sakit perot cam aku..hehe..

Tapi bile abes sembahyang, tetibe die pegi depan, wat announcement.. besa orang wat announcement nih, nak ajak pegi makan kenduri arwah@jamuan kat memane.. nak jadikkan citer, ari nie mak aku kurang sehat, n makan nasik bungkus je.. ayah aku plak blom balik.. so perot aku pon ade arr menyanyi sket2.. ala2 duet MAWI n EKIN pon ade..huhu.. nie ha kat bawah nih announcement yg pakcik tu bwat..

"Assalamualaikum wbt. kepada para hadirin, yg berkesempatan, selepas solat ba'diah maghrib nie, insya-Allah, marilah ramai2 kita pergi ke rumah Haji *****(sori lupe namenye).....{YES, KONPEM dapat makan free.. yippeee.. makan ape ek.. nasi puteh ngan lauk ape ek.. hrm.. ayam mesti ade, pastu daging masak rendang kot, pastu.....} Anak perempuan tuan haji baru sahaja meninggal dunia jam 7.00 petang tadi, betul2 sebelum azan maghrib. Jadi kepada para hadirin yang berkesempatan, bolehlah kite terus solatkan jenazahnya selepas ini dan terus dihantar ke Kampungnye di ****(lupe lagik) untuk disemadikan. selepas itu kite akan adekan tahlil sket untuk allahyarhamah....Insya-Allah.."

PERGH!!! amek ko sebijik!! adus.. teruk betul perangai aku.. asyik ingat makan je..huhu.. Anak pak haji tu kalo tak silap baru 19-20 tahun je.. Innalillah.. kepada Allah jualah kita kembali... huhu.. Tersentak aku dibuatnye.. patut arr pakcik sorang tu sampai lambat semayang maghrib.. patut arr die pon masbuk cam aku.. die melawat pak haji tu kot.. takziah.. tetibe....

Hati kecikku membisik... mak aku skunk nie dah arr tengah sakit2 selalu. Minggu nie je dah 2 hari tak larat je.. tapi alhamdulillah la, sebab petang tadi dah sehat sket.. dah jalan2 ngan aku..huu... pikir2 balek rase syahdu lak.. ajal maut ditangan tuhan.. huhu.. takde bende kebetulan@bukan aturan tuhan.. jadik kite sebagai hambanya yang hine.. kene redha dengan ketentuannya.. antara bait2 yang pernah aku dengar dr sorang pakcik nih.. tyme kecik2..hrm.. berat lak rase hati nak fly ujung sem depan.. hrm... aku kene CHECK balek.. ape yg aku dah bwat untok mak aku slame nih.. nanti jadik cam lagu raihan lak...Nauzubillah...
"sudahkah kau curahkan, kasih sayang mu, apakah terbalas segala jasanya...."





Huh. Jujur aku cakap. Post kali nih agak mencabar. Fikiran aku ngah bercelaru. Hati aku tengah tak menentu. Banyak bende yg nak ditulis tapi satu pun tak menjadik. Aku nak tuleh pasal kem induction kat Lanai Kijang Bank Negara. Tapi idea belum diselenggara. Gambar belum diperiksa. Takut nanti jadi isu alam semesta.

So aku pon decide nak tuleh pasal mende nih. Pasal FACEBOOK>< Yup, facebook yg ramey orang join 4 fun tuh.. ygh orng gune untuk maintain connected dengan member lame. iye.. yg banyak application tuh... huh.. tau tak yg mane nih??

Memang aku ngaku, tadi before aku start tuleh post nih aku main facebook jap. Lame beno rase2nye aku tak bukak facebook tuh. Aku pon bukak arr.. ramey dah kengkawan aku dari Skola lame dulu join.. depe sume dah beso2 dah.. aku tengok gamba depe.. huish.. dah jadik cam tengok gambo org2 beso.. baru aku sedo yg aku nih pon dah beso(ehem2) sebnanye.. Aku tengok bebudak tu.. sedey plak.. member lame tapi dah berzaman tak jumpe.. nak tego pon tak tau ape nak kate.. huih.. sedehnye.. tengok2 plak ade "teman" lame.. tapi die dah ade yg punye.. sedeh.. dulu tyme ingusan maen same2.. tapi bile dah beso entah ingat ke tidak org kat sini.. huu.. knape agaknye.. huhu...

So pesanan kali nih.. bile korang ade member... hargailah depe.. depe tu baek2 orng nye..(insya-Allah)........ huhu.. sdey.. tak tau nak tuleh ape dah.. tapi yg pastinye.. grab ur opprtnty whn u have it. Once its gone, you can hardly have it back.. once gone, forever gone..

"the most regretful thing that ones can ever do is not apprciating things whn they have it.."

PS: Sori arr.. kali nih ade masalah jiwe sket.. campo' ngan family matters sket.. huhu...sdey je..



Berbalik pasal citer semalam. Aku kuar pegi Sg. Petani sorang2 1st time! hehe.. macam budak2 je. Tapi betul la, 1st time. b4 this mane penah kuar pegi sg. petani. hoho..

Semalam, pas balik solat zohor, aku pon ikot bapak aku pegi keje. (die balik lunch tengah hari). lebih kuang pukul 2 ar.. aku kuar ngan beberapa mission. mule2 nak pegi klinik.



Klinik nie orang cakap dr. pakar. Ok gak arr. ari tu tyme penyakit aku kronik, alhamdulillah dengan izin Allah ubat die menjadi. Lain arr sket ubat die. Kalo biase pegi dr lain, tak penah2 kasik ubat biijik macam tu. tapi die kasik plak. Alhamdulillah ikhtiar yg nie menjadi... so aku kene trus arr makan ubat tu.. tu yg kene pg klinik die.huhu.. Next stop kene lalu kat sungai yg "indah".. tengok gamba nih..


Pastu aku kene pegi potong rambut. nanti ade kem bank negara. Kalo nampak tak kemas malu arr nak jumpe mak mertua(zeti Akhtar,hehe) so aku pon pegi arr kedai gunting rambut. Pakcik nie orang cine(jarang orang cina gunting rambut, kan?) tapi muslim. die banyak gak arr cite pasal die.. tapi aku ngangguk je, maleh nak pay attention.. hehe..yang aku ingat die cakap die keje gunting rambut just for fun. die pon keje dari pukul 10 pagi sampai pukul 6 petang je. just tak nak terperap dok kat umah..

Pastu plak lepas aku pegi gunting rambut... aku pegi central square! nak carik cd yg dah lame aku carik... game FM 2009! at last dapat pon.. tapi mahal gak, biase dapat dalam 10 je, tapi die mintak 12.. tak pe la, teringin punye pasal, 12 pon 12 la!!

Nak main pon, Quran jangan lupe! Amalan kene jage..huhu..

So basically tu la yg terjadik semalam.. yg best nye sebab dapat FM.. tu yg rase sonok sangat2.. hehe... tyme nak balik aku pon naik teksi.. kene 13 hengget.. (yg lwak nye, bile pakcik tu tnye "blaja' kat mana?" aku jawab Lembah Beringin die kerut dahi.. macam besa la.. orang mane knal tempat kite nih..huuhuhu...)




Alhamdulillah.. tyme maghrib tadi Allah permudahkan hajat aku untuk pergi kuliah kat surau tu.. dapat gak dengar sket ilmu tyme cuti mnih..

Sebab aku nih bru ikut kuliah nih, (dulu ustaz lain yg kasik) so aku pon tak tau ape2 yg deyorang bincang.. dengo je la dulu... rupe2 jemaah sedang mengkaji dan mempelajari tentang 25 rasul Allah. Malam tadi bincang pasal Nabi Allah Ibrahim.. menarik gak.. lagipon ustaz nih jenis kuat sembang, dari nak bincang pasal nabi ibrahim, terus sume cite die rempoh.. dengan cite rokok nye, cite jordan nye, cite suami isteri nye, cite mandulnye, cite nabi bertipu helah dengan musuhnye blablablabla.... panjang gle, sampaikan tak habes pon bincang pasal nabi ibrahim nih..

nak tau camne leh masuk sume mende tuh? macam nih.. mule2 bincang pasal nabi Ibrahim.. based on satu hadis-maybe hadis qudsi kot, sebab unfamiliar sket..-(kot, tadi masbuk, so mule2 tak dengo..hehe..) Ustaz nih pon cite la, die teringat tyme die buat umrah bulan 7 (kot lg skali, tak pay att.) die pegi lawat Maqam Ibrahim dekat dengan Ka'abah. pastu die cite orang melayu ramey yang nak jugak pegi dekat ngan maqam tu n wat solat sunat. kononnya hajat akan diperkenan. sampai ade yang bergusti bertumbuk nak rempuh supaye dekat ngan maqam tu. Ustaz tu cakap arr, sebnanye semayang sunat di maqam ibrahim tu sunat je. bukan sunat muakkad pon, jauh sekali wajib. kalo nak lepas hajat pon, dari jauh still leh semayang. Pastu tetibe ustaz tu cite pasal maqam Abdul Rahman Auf. Ustaz tu cakap kat @#$@(sori tak ingat negri mane ntah) ade maqam Saidina Abdul Rahman Auf. kat sini lagi trok. ustaz cakap kalo orang melayu nampak, sume berpusu2 nak pegi sembahayang. ustaz cakap sume tu ngarut. Maqam bukan bererti kubur, nak bace doa(ustaz cakap ade satu romabongan lagi la, siap wat tahlil). tapi maqam bererti temapat persinggahan. Tempat nih(Syria kot) tempat Abdul Rahman Auf berhenti berehat dalam perjalanan berdagangnye. org just bwat maqam bagi memperingati je. so apsal tetibe kite doa kat maqam tu?

Pastu plak, dalam bincang pasal hukum sunat muakkad, ustaz ade cakap pasal solat sunat SEBELUM SUBUH(aku skunk kat umah subuh standarad 6.30 je.. nak sebelum ape..huhu) tu solat sunat yang dituntut sangat2. sampaikan ulama' sependapat kalo2 sorang tu dah terlalu lazim menunaikan solat sunat sebelum subuh, dan pada suatu hari die tertinggal, maka harus baginya meng'qada' solat sunat itu selepas menunaikan solat subuh... wah..

Habes pasal tu, ustaz nie cite pasal Nabi Ibrahim balik.. citer punye citer.. tetibe masuk pasal 3 penipuan yang dilakukan oleh nabi Ibrahim. tapi cam biase la, sebelum masuk topik, mesti pusing2 dulu.. ustaz tu cakap orang melayu selalu wat hukum sdr, macam hukum tipu sunat. ustaz cakap sume tu mengarut gle2.. yang ade hanye lah tipu harus.
  1. Tipu untuk menyelamatkan nyawa orang.
  2. Tipu untuk menjaga hati isteri yang sedang mengandung
  3. Tipu untuk mendamaikan 2 pihak
  4. Tipu untuk mengelakkan hancurnye rumah tangge.(tapi ngan syarat, perbuatan hina yg lalu mesti ditinggalkan. hanye jatuh harus tyme mule2 je. 2nd 3rd try jadik haram)

Ha.. nie lah antere bende yg ustaz tu cakap.. banyak lagik sebnanye, tapi tak baper ingat. tu la, len kali, pegi majlis ilmu bawak nota n pen.. bru leh catit.. hish..
pasal penipuan nabi ibrahim tu, hanye satu penipuan je yg semnpat bincang. lg 2 sambung ari jumaat..(tapi aku tak leh datg, pegi kem bank negare..huhuhu..)

Penipuan pertama. Tyme nabi Ibrahim diajak untuk peregi ke pesta suka-suki oleh kaumnye. waktu tu nabi ibrahim masih kecik tapi dihormati kerana berasal dari keluarga yg baik. Org2 ajak baginda, tapi baginde menggunakan helah bintang untuk menipu mereka. waktu tu, kaum nabi ibrahim percaye kepada ramalan bintang2. siapa yg leh kire bintang2 maka bleyh predict sesuatu. Nabi ibrahim pon wat2 lah konon2 die leh kire bintang2 tu and wat ramalan. baginde kate baginde kurang sihat, dan mengikut ramalan baginde leh kene wabak berjangkit yg bahaye. so dgr "berjangkit", sume org yg ajak baginde tadi cabut. tinggal la nabi ibrahim sorang2. tyme tu gak, sebab semua org dah pegi majlis tu, nabi ibrahim sorang je ade kat kawasan rumah tu. baginde pon pegi ke kuil kaumnye dan hancurkan semua patung2 berhala kecuali satu. dan meletekkan kapak(kalo tak silap) kat berhala tu seolah2 nak kate berhala tu yang pecahkan berhala2 lain....

so basically tu arr kuliah malam tadi.. banyak gak pengisian, alhamdulillah.. tapi kan.. sebnanye aku ade satu lg cite besh. tadi, for the first tyme aku pg kuar ke SP sorang2.. besh gle.. esok aku cite ek.. Wassalam..



ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


Alhamdulillah. Setelah sekian lama mencuba akhirnya berjaya juga. Kalo nak ikutkan, aku dah dekat 2 tahun berada dekat rumah nie. Dah dekat 2 tahun, tapi tak sorang pon dalam kawasan kejiranan nie aku kenal. Dah dekat 2 tahun, aku tak bercakap ngan sesape dekat kawasan umah aku nih. Sedeh gle. Biase pg sembahyang(kadang2 terskip jugak, huhu) pastu trus balek. tak tegur org langsung. Memang sah aku nih ade masalah nak bersosial. Antara "masalah sosial"
yang dihadapi pelajar kolej KY skunk.(kan?)

Aku bertekad untuk ubah mende nih.tyme cuti ni tiap2 kali aku pg surau, mesti tak jumpe budak2 age aku. Kalo tyme depe datang pon, aku mesti masbuk, and bile abes sembahyang, depe dah ilang. Kalo aku datang awal, tak jumpe plak. huhu.. tapi tadie tyme maghrib, akhirnye bertegur gak aku ngan 2 orang budak(setelah 3 hari.. huhu).. gini arr lebih kurang dialog nye..hehe

NO PAIN: Assalamualaikum!
Budak 1: Waalaikum salam.. Sapa ntah nama?
No PAIN: Oh.. Name !@#$!%!... ko plak sape?
Budak 1: Khairullah..
Budak 2: Saya Ku Arif(tak silap la).. Jarang nampak..
NO PAIN: (adeh, nih perli ke pe nih?) Ooo.. aku still blaja.. tyme cuti bru ade kat umah..
Khairullah: O.. Still blaja? sekolah ape?
NO PAIN: tak de lah... tengah wat A-level..
KU: Kat mane tuh?
NO PAIN: Kat ermm..(ang aku gtau konfem tak tau..) Dekat Tanjung Malim..
Khairullah: Tanjung Malim? Jauhnya! Hang dok kat sana ek?
No PAIN: (Ish die nih.. tau tak Tnjg MAlim kat ne nih?) A'ah.. sebab tu jarang dok kat umah.. cuti panjang je balik.. Ang plak blaja' kat mana?
Khairullah: Oh.. Saya kat Matrix Penang.. dekat ja..(tau le..heheh)
Ku: Saya? baru form 5..
NO PAIN: oh.. ok la.. aku balik dulu na.. Assalamualaikum..

Pergh.. relief gle.. akhirnye bercakap gak aku..Sebnanye petang tu tyme asar, (ade 2 orang je jemaah mule2, aku ngan sorang pakcik..).. aku dah sembang ngan sorang pakcik nih.. tapi tak tanye plak namenye.. dulu penah arr die tegur.. tapi aku senyum je.. tak brani b'cakap.. ye la, aku kan pemalu.. tadi die cakap....

Pakcik: Sehat?
NO PAIN: Alhamdulillah.. ermm..(ape nak cakap nih?huuhu).. malam nie ade ape2 kuliah ke pakcik?
Pakcik: Malam nie? tak de... malam esok ade la. lepas maghrib.
NO PAIN: oh..

Tetibe ade sorang lagi pakcik datang, tegur pakcik tu, aku pon ape lagi cabut ar.. aku slaam ngan pakcik tu n trus blah.. haha..

So Insya-Allah kalo tak de pape, esok aku leh arr tuleh pasal kuliah maghrib tu. itupon kalo ade rezki.. sebab mak aku cakap nak bawak aku gie klinik.. ade sikit health disease.. aku nie sebnanye ade penyakit yg ongoing.. tapi selagi terdaya, insya-Allah kan ku teruskan usha selama ini.. Aamiin..




Alhamdulillah.. Sampai gak kat umah lepas hampir berjam2 dalm perjalanan.. sampai2 plak, dapat tau chelsea seri ngan newcastle.. disspntd gak sket2.. tapi, post aku kali nie nak meneruskan post semalam. Pasal isu end of sem dinner.

Okay arr.. aku mengaku. semalam memang aku over-react sket.. post aku semalam memang mostly 'membare'.. mempamerkan ke-baran-nan aku.. aku mintak maap kepada orang yang berkaitan. tapi macam ape yg aku tuleh kat right-hand column, what i write is indeed what i feel. just perhaps the way of representing it might be a little bit to much.. ape2 pon, ari nie aku nak sambung tuleh pasal ke'hebat'an end of sem dinner KY tahun nie..

Agak gilang gemilang arr opening ceremony nye, dengan set up dewan yang kemas dan menarik(thanks to SC and pihak yg terlibat). Unfortunately, ade gak mende yang mungkin boleh diperbaharui... malu semalam orang UK tengok kite... Bayangkan lah.. sebelum event start, kite suruh Aidid bace doa. org2 UK tu dengar tau doa tu.. kalo aku jadik org UK tu pon, aku mesti tertarik dengan doa kite. Siap mintak Allah berkati majlis, semoga ade benda/pengajaran dari Majlis nie yang boleh mendekatkan kkite dengan Allah.. tapi, 1st show ape die? ambik engko! nyayian rock tahap ciput dari budak Ky.. yg muslim pon ade. Memang semakin dekat arr kite jawabnye.. cume bukan dekat Allah la.. dekat ngan maksiat.. ape naj jadih nih? tak malu ke kite.. kalo la org UK tu tnye kite, does tonight's show makes you closer to your God? ambik penumbuk sorang sebijik. amacam? best? nak jawab ape? jawapan Chill la Dude Vellu pon tak leh pakai tau!

Pastu, dah arr show superb,(except show Za'aba ngan Ei-Jeen, sebab walaupun still considered as hiburan, tapi rasenye tak melampau. just entertainment and purely just that), makan pon superb gle.. gempak habes! nasi lemaknye, rojaknye, laksanye, cendolnye.. bOOnCeet perut aku dibuatnye.
WAJAH2 RIANG TAK SABAR NAK MAKAN..YUMMY..

Fine..memang tak de ape yang celanya bab makan.. Alhamdulillah, and round of applause to SC for excellent dishes.. cume.....

BANYAK SANGAT YANG TAK HABIS!! membazir banyak gle.. cam tazkirah asar petang tu tak clear je.. rasenye(kalo tak silap) muzakkir ade menyebtuh supaye jgn membazir..tapi tyme amik..huish.. laju je.. skali bile makan tak habis plak.. malu arr.. nampak sangat seolah2 Islam nih tak ajar penganutnye supaye jangan membazir.. huhu.. tengok cam kawan kite nih.. macho je.. sume habis die tibai.. camnie arr bagus.. Chaiyok2~

macho gle.. kire arr bape pinggan tu... 1,2,3....

Hrm.. rasenye itu je kot komen peribadi pasal end of sem dinner. yg penting kan, ingatlah, manusia itu akan dihitung amalannya pada akhirat kelak. kalo kite wat dosa, dapatlah balasannya. kalao wat pahala plak, dapatlah ganjarannya.. same2 la kite pikir balik.. orang laen takkan tau kite nie wat pahala ke dose.. tapi kite sendiri je yg leh tau.. insya-allah.. Wallahualam...


TAHNIAH. MEMANG ME'NARIK'

Sebelum aku tuleh ape2, aku nak mintak maap dulu. Aku nih pemarah sket. emosi tak stabil. bile meletup, lva mesti kuar. ari nie naseb baik lava tak sempat kuar. tapi habuk die dah banyak menghembus.

Nie la die. Orang melayu. Orang Islam. Sedeh. Tak nak cakap banyak arr.. tengok sdr diri kite. tak payah nak tipu2 la. Allah tu Maha Mengetahui tau!

Nilah perihal end of sem dinner. Aku yakin mesti ramai yang akan menulis pasal tragedi yang sama. Tapi aku ape kesah. Aku nak jugak tuleh. 1stly, ade satu perkara yang sangat menyedihkan. Yang kalau aku fikirkan elok2, memang aku tak leh terime. Memang aku 'bengang' gak sket2. Ni ha mende die.

Ade sorang tu, die kite leh kate orang besar KY la.. Sume mende hal-ehwal pelajar KY memang sume rujuk kat die. Leh kate die bos tak rasmi KY la... Tapi sedeh. Melayu. Islam. Tapi... Kenape bile diusulkan supaya majlis malam nie diasingkan laki2 and perempuan(tempat duduk) dihalang. Katenye kolej nie kolej bebas. aku sedey. Nape la bile mende yang elok diusulkan tapi ditolak. Nak jugak dibiarkan gerbang maksiat tu terbuka luas. Knape? Why?

Pastu, semalam lak ade sorang junior gtau aku.. lagi sedeh aku dibuat nye. Dikatenye tyme orientation, budak batch 11 nih, sume budak laki and budak pompuan duduk asing2. Ye la, baru2 lg.. sume malu2 la... tapi sedeh.. ade satu suara nie memecah kesejahteraan pulak, dikatenye knape laki2 and pmpuan duduk asing2. Dikatenye kolej nih bukan kolej islam. Laki2 and pompuan KENE CAMPOR. HUH? ape nih??? Kalau ye pon nak ikut protokol kolej, konon2 kolej nie tak 'bias' agama, nape bile orang dah bwat mende elok tapi disuruh berpaling? Kalau pun tak nak ikut berdakwah bersama, knape nak menghalang pule? nape nak ditunjuk juga jalan kemungkaran? huh??? knape?? sedeh. Pain.



Dah lah macam tu. Pastu malam dinner tu plak, lepas abes sume, ramai sungguh 'manusia' berkeliaran atas padang. Berlari berkejaran ibarat Shah Rukh Khan. Sedeh. Macam Tak de arah tuju. Macam orang tak bertamadun. Kalau ye pon tak nak jadik 'islamik' tak yah arr jadik 'musyrik' plak. Bile diajukan kpada pihak atasan, lagi sedeh. Jawapan mereke selamba. "Selagi pelajar tak bukak baju, saya tak kan masuk campur." Diajukan pada pak guard pulak, jawapan yang selari dan sejanjang pula yang terpacul. "pak cik pun penah mude. Pak cik tau sume dah besar2 dan mesti nak lepas tension, kate malam terakhir."Sedeh. Inikah umat yang diasaskan ISLAM? Kalau lah Rasulullah masih ade... tak ke sedeh baginda. Kalau Umar Al-Khattab plak ade malam semalam, konfem ramai dah kene tetak dengan pedang. Silap2 ade je yang dah kene sembelih. Malu. Sedeh. Perilaku macam bukan muslim. Padan arr orang tengok islam agama yang punah. Orang tengok muslim dah bernanah! Macam ape yang ustaz malikie cakap tyme khutbah tadi(kalau korang dengar la) orang memandang islam seperti memandang satu tingkap/cermin. Apa yang dilihatnya lah yang disangka ISLAM. Walaupun imej yang terpampang dalam cermin tu sebenarnya bukan rupa sebenar(sebab mungkin besi cermin dah karat, and tertutup sebahagian cermin, kaca pecah etc). Same je. Orang tengok ISlam berdasarkan Muslim. Malu. Sakit. Kalau la Barath ke, Yogi ke tanye kite. Orang islam memang macam nih ke? agak2 sape leh jawab? or kite sume hanye leh kasik jawapan 'cool' vellu "Chill la Dude"? Malu lah sikit. Kate Khairun Ummah. Malu. Allah tengok kite. Ape yang kite dah buat. sedar la ummah. Kite skrang nih dah hancur. Apsal la kite bile dengar orang cakap ummah dah hancur kite tak terase? Tak sakit kah kite??????

عَنِ ابْنِ عُمَر رَضِيَ الله عَنْهُمَا، أَنَّ رَسُوْلَ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ((أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِ لَ
النَّاسَ حَتَّى یَشْهَدُوا أَنْ لا إِلَهَ إِلاَّ الله، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ، وَیُقِيْمُوا الصَّلاةَ، وَیُؤْ تُو ا
الزَّآَاةَ. فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ الإِسْلاَمِ، وَحِسَابُهُمْ عَلَى ا للهِ
تعالى)) رواه البخاري ومسلم.
Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta'ala. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.


Para ulamak telah sepakat mengatakan bahawa hadis ini bukan bererti kite kene perang dengan orang bukan muslim. tidak. kite perlu menyebarkan islam, bukan memaksa penyebaran islam. Maknanye, tidak ade sebab mengapa kite perlu menghalang ajaran islam ini disebarkan. Mengapa kite tak bagi orang nak buat suruhan Allah? Ape kite nih lagik besar dari Allah ke? apsal gatal2 nak mencabar tuhan nie?ingatlah.. Tidak dijadikan manusia dan jin itu melainkan untuk beribadat. Bukan untuk menghalang syariat dan menggalak maksiat.

Sambung lagi.. Tyme makan kat GH. sedeh. bukan kepalang.tapi rase cam post nih dah panjang.. nantikan sambungannye esok.. insya-allah.. masalah ummah. kite dah nak balik rumah. ade harapan tak agak2 nak berubah? Jangan sampai nanti jadi busuk name islam. sebab kite tak buat ape yang sepatutnya. malu. sedih. Pain in agony.



Assalamualaikum...
Alhamdulillah... Dapat gak akhirnya blog aku disiapkan... memandangkan cuti semester semakin hampiri, hati yang kering-kontang ini merasakan akan perlunya sesuatu bentuk perhubungan diwujudkan antara diri aku dengan-Nya. Dikhuatiri bile dah sampai umah nanti aku trus lupe diri.. ye la... FM 2009 dah kuar, aku pon dah lame tak sabo nak maen.. Namun mudah-mudahan dengan kehadiran blog ini dapat gak arr aku meng'allocate' sedikit mase yang berharga aku untuk buat perkara lain yang berpaedah sikit..

Firstly, aku sebenarnye 2-3 hari nie slalu rase semacam.... aku rase kadang2 semangat membara, hati melonjak bertenaga menyatakan kepentingan tanggungjawab sebagai seorang muslim dilaksanakan... kalau ikutkan hati... rase cam nak je jadik seperti Saidina Umar, dengan beraninya menyatakan kebenaran tanpa perlu takut2 lagik.. bak kata Rasulullah SAW dalam hadis baginda:

صلى الله عليه عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله
وسلم یَقُوْلُ: (( إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ آَثِيْ رٌ
مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي
الحَرَامِ آَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِ نَّ
حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَ دَ
الْجَسَدُ آُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ)). رواه البخاري ومسلم.

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang
jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang
kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka
sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh
dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang
mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara
yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang
apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

huh..kengkawan.. ape cite? betul tak? Yang betul dan Yang Salah tu 2 bende yang cukup distinct. X ambiguous langsung. Dan untuk perkara yang Shubhah pulak, kite kene jauhkan diri.. So ape masalah umat sekarang? apsal mende yang terang2 salah pon orang biarkan aje?

Sebab kite nie penakot. Kate duduk dalam negara Islam. Kata kita dah jadik senior. Kata tunggu AS. Sekarang sume dah berlalu tapi keadaan kolej saban hari makin parah. Makin berdarah. Sakit. Pain in Agony,words arranged specially to describe our(my) feelings.

So aim aku cuti nie, nak pegi surau dekat umah aku sekerap mungkin(harap2 dapat la 5 kali sehari).
Pastu aku nak bace hadis 40. Nak kuatkan ilmu fardu Ain sket..
Pastu nak try hafal atleast 2 surah sebelum Al-Mulk. Aku nak mantapkan bacaan skali.
Minimize FM(wuah...) dan maximize spiritual activities, including Chem yang dapat c and Economics.
Haha... Aku dah mengigau.. ngantuk sangat petang tadi.. hehe.. Main ngan PLUS.. kui3.. Yang pastinya, aku kene terus mengejar ilmu kerana ianya tidak penghujungnya...

Wah sory2.. ku ngantok sangat nieh, sampai tak sedar langsung ape yang berelaku...ok ek.. Moga bertemu lagi.. Wallahua'lam.. moga bermanaat.. Aamenn..