Bismillahirrahmanirrahim.
Baca tajuk macam ni, terus rasa berat anak mata.
betul tak?
Amaran:Post ini agak panjang. Dan ia memang berkenaan Falsafah.
Anda tak minat? Anda yang rugi~
Ingat lagi tak, dulu dalam sekolah rendah menengah dulu, pernah ada dalam silibus
Pendidikan Agama Islam. Waktu tu, semua semangat nak menghafal.
Takpun semangat nak buat 'logik' jawapan. Supaya nanti waktu exam senang sikit nak hamburkan semua point-point ni.
Tapi betulkah kita benar-benar faham?
ok, ayat cliche. ayat bosan, expired.
tp masih relevan. Apa sebenarnya dimaksudkan dengan Ilmu ya?
Adakah ianya subjek-subjek yang kita pelajari?
adakah ianya segala kemahiran yang kita perolehi?
Atau adakah ianya segala 'A' yang kita usahakan?
Adakah ini tandanya anda berilmu? Sukar sebenarnya untuk saya jawab perkara ini.
Ilmu itu pada asasnya sangat luas maksudnya.
kalau nak dibahaskan, rasanya saya akan berpegang kepada ''semua perkara yang dilakukan secara sedar,-consciously- adalah ilmu''.
bercakap, ilmu. menaip, ilmu. semua ilmu.
Firman Allah dalam Surah Az-Zumar, ayat 9.
"
.......Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya orang yang berakal waras yang dapat menerima pelajaran. "
sabda Rasulullah saw pula dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh abu Daud dan Tarmizi,
"orang-orang yg berilmu adalah pewaris para nabi"credit:
linkSatu lagi hadis berbunyi
"Ertinya : Sesiapa sahaja yang merintis jalan kerana menuntut ilmu maka Allah membuka kepadanya jalan ke syurga". (Hadis Riwayat Muslim)
credit:
linkjelas sekali betapa Islam itu sangat menghormati seseorang yang berilmu. Secara tak langsung menunjukkan betapa penting dan perlunya kita untuk mencari Ilmu.
Tapi apakah ilmu?
Bagaimana caranya untuk mencari sesuatu yang tidak kita kenali?
Ilmu adalah segala perkara secara mudahnya. Sebut sahaja satu benda, maka akan ada Ilmu untuk setiapnya. Secara asasnya, Ilmu=pengetahuan. betul?
Jawapan untuk soalan diatas=SALAH. Pengetahuan adalah benda yang kita tahu, yakni perkara yang kita faham. Tapi benda itu tak semestinya betul.
Contoh: Dulu, kalau kita baca(kalau ada la...) buku-buku semua akan cakap bumi ini petak etc.
Ini adalah pengetahuan. Terbatas, dan berdasarkan 'discovery' manusia, dan banyak distortions di dalamnya. Kita akan bincang perkara ini kemudian.
tapi secara asasnya, Ilmu adalah milik Allah. Tetap, benar, dan tidak boleh kita sangkal.
Tapi pengetahuan adalah apa yang direka manusia, benar pada satu-satu masa, tetapi berubah-rubah mengikut pengalaman dan peristiwa yang berlaku.
Jelas?
Jadi, apa yang kita belajar di sekolah semua tu, apa? Ilmu ke Pengetahuan?
Kalau tanya saya, saya cakap pelajar----belajar----pelajaran.
cantik je, semua kata dasar sama, lajar.(??lol~)
Okokok. Serious. Saya akan cakap tu semua pengetahuan.
Kalau tengok dekat lencana sekolah saya dulu pon, die tules
Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz.
Nampak tak slogan die? ''
Pengetahuan suluh budiman''.
jadi saya memang rasa yang kita belajar tu pengetahuan la sebenarnya. bukan Ilmu.
Boleh tak kita semua setuju bahawa perkara yang telah kita pelajari semua MUNGKIN salah?
setuju tak kalau saya cakap 1+1 mungkin bkan 2?
*kalau anda berada di sekolah rendah, amaran:mungkin perlu ditemani orang dewasa sebelum terus membaca. Nanti takut anda keliru. Yang dewasa? ha.. pikir la sdr*
tak? kenapa? ada argument?
apa? ada bukti? mana? nak tengok boleh?
ha? ada professor tunjuk kira-kira panjang satu whiteboard 1+1=2?
ada ''mathematical reasoning, scientific based method'' untuk prove benda neh?
jadi? apa kaitannya?
Apa kaitannya untuk kata 1+1=2?
mungkin contoh ini tak cukup jelas, disebabkan mathematic adalah satu bidang ''reasoning'', yang mana segala 'standard result' yang diperoleh dibuktikan melalui sesetengah cara yang memeningkan.
cuba kita tengok physics. boleh?
Apa yang membolehkan saya menaip?
Apa? ada force exerted kat keyboard untuk mengeluarkan huruf2?
force ape? Force yang ditukarkan dari chemical energy dalam badan kepada force2 lain, potential, kinetic dan sebagainya?
soalan saya, Apa itu Force?
ha.. kat sini semua orang stop.
sebab Force pada definitionnya adalah something that cannot be created nor can it be destroyed. It can only transforms from one state to another.
*lebih kurang la.. dah lama tak revised*
Tapi kita semua ''buat-buat'' tahu apa itu force, dan terus dengan kajian dan discoveries yang mantop2. yang mengejutkan etc2. Sedangkan, pada asasnya, force sendiri tidak ter-define-
Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Luqman: 27)
Ketahuilah, Ilmu Allah itu sangat luas. Apa la sangat nak dibandingkan dengan pengetahuan yang kita ada. Tapi, kita masih lagi nak bukti-bukti scientific. Konon-konon science adalah cara melihat kehidupan. Mathematic cara melihat perbezaan dan logik akal.
Tapi percayalah kawan-kawan. Pengetahuan adalah sesuatu yang berasaskan
''emosi, sejarah, pengalaman, dan jugak tujuan'' penemunya.
Kita tengok contoh-contoh dari zaman terdahulu.
Disebabkan saya major dalam Economics, maka banyak pembacaan saya berasaskan sejarah ekonomi. Harap boleh diterima.
Pertama, Kita akan meneliti apa tujuan sebenar Ekonomi. Ia adalah untuk mendapat sebanyak mana kekayaan. Itu lah secara kasar.
Bila orang mula berdagang sesama mereka, yakni menerusi sistem barter, misalannya 5 ekor ikan ditukar dengan seekor ayam, maka wujud sedikit pengiraan disini. Mulanya semua orang tidak kisah, dan bergiat seperti biasa. Namun, pada suatu hari, wujudlah sipolan, mendapati ikan yang diperolehnya besar2 belaka. maka dirasakan tak puas hati, bila rakannya yang mendapat ikan2 kecik ala2 bilis(hiperbola neh), masih dapat tukar dengan seekor ayam.
Disini, wujud masalah pengukuran. Jadi sipolan cakaplah kat penternak ayam tu,
''Ga ga ga ga gagagagaga"
-Bahasa Neolitik, diterjemah oleh Google-
;P
Maksud: Ikan saya besar-besar, saya nak 2 ekor ayam untuk 5 ikan.
awak boleh angkat, awak akan rasa beratnya.
Jadi mulalah, orang mengukur berat. Pengetahuan mengukur berat diasaskan oleh sipolan, dengan tujuan mendapat lebih banyak ayam disebabkan ikannya besar. Pengiraan dibuat dengan mengangkat ikan dengan sebelah tangan, sebelah lagi ayam. dan tengok selama mana mampu bertahan. Kalau sebelah ikan tahan lebih lama, maka kira ringan. kalau sebelah ayam yang tahan lebih lama, maka kira berat.
Wujudlah sistem pengetahuan baru, diberi nama sistem polan. apabila semua orang tahu, maka semakin ramailah yang mempelajari ilmu ini, kerana konon-kononya sistem ini 'memudah'kan perdagangan, dan tidak akan wujud pertengkaran. Si polan diagung-agungkan, kerana mencipta ''ilmu''. *nota, sebenarnya hanyalah pengetahuan.* sehinggakan si petani pun telah belajar sistem yang sama. Selepas itu, apabila ada orang ingin bertukar barang dengan tanaman si petani, maka dia pun mula menggunakan sistem yang serupa. Untuk si petani A, yang menanam buah tembikai, maka cara itu sangat berkesan. Dulu dia dapat menukar seekor ayam dengan 5 biji tembikai. Kini disebabkan tembikai sangat berat, maka sebiji tembikai dapat ditukar dengan 2 ekor ayam. petani A sangat gembira.
Petani B pula, yang menanam kapas, menghadapi masalah yang sangat besar.
Kalau dulu dia dapat menukar 1guni kapas dengan seekor ayam, sekarang dia perlu memberi 20guni kapas untuk seekor ayam, disebabkan kapas sangat ringan. Walaupun sedar masalah ini, tetapi petani B tetap menggunakan sistem si Polan ini, disebabkan semua orang lain menerimanya, dan disebabkan sistem si Polan ini konon-kononnya ''bersebab, scientifically proven'' pada zaman itu. Petani B berkata, satu-satunya cara untuk menambah 'ayam' adalah dengan memberatkan lagi kapas.
Maka dia mula berfikir tentang merendam kapas sebelum dijual, atau membalut batu dengan kapas sebelum dijual, ataupun meletak kayu-kayu pokok didalam guni itu tadi.
Sedangkan, asasnya sistem itu salah, tapi Petani B tak fikir pun. sebab melalui pengetahuannya, itulah sistem terbaik.
Di sini cukuplah. sebenarnya kita mampu melihat beberapa peristiwa penting.
Pertama, penciptaan sistem si Polan.
Perhatikan, apabila pengetahuan disebarkan, ia disebarkan BERSAMA SAMA dengan sejarah, dan tujuan penciptaannya. Dalam kes ini, tujuan ia dicipta adalah untuk menguntungkan orang yang berdagang dengan barang2 yang berat. Walaupun sedemikian rupa, apabila petani-petani mempelajari sistem baru ini, mereka tidak berfikir langsung tentang perkara ini.
Akibatnya, antara mereka yang menanam tanaman 'ringan' akan kerugian besar.
Walaupun tak dinafikan, sistem ini ada kebaikannya, yakni ia tidak lagi menimbulkan pergaduhan antara 2 pihak. tapi, ia tetap merupakan pengetahuan, dan bukan Ilmu. Berdasarkan perkara ini, ia tidak semestinya betul, dan kadangkala ada buruknya.
Contoh realistik:
Kita start dengan sejarah asas ekonomi di England.
1.
Sir William Petty, antara nama yang paling terkemuka.
Sewaktu zaman pemerintahannya, Britain bersaing hebat dengan Perancis, dalam pelbagai bidang. Kekayaan ditafsir sebagai jumlah 'emas' dan 'perak', atau dinamakan Bullion. Zaman ini dikatakan dipengaruhi kuat oleh idea bullionist, yakni kepercayaan bahawa negara yang mempunyai paling bnayk bullion adalah negara plaing kaya.
Sewaktu peperangan, Britain memerlukan sumber kewangan yang bnayak, yakni untuk membiayai perbelanjaan dan gaji askar dsb.
untuk mencari sumber pendapatan inilah yang mendorong Petty untuk bertungkus lumus 'mencipta' pengetahuan tentang National Income Accounting.
Beliau membuat pelbagai 'survey' dan akhirnya membuat konklusi kasar dengan model yang sangat ringkas, (which is very wrong, and does not reflect true situation) tentang Income Accounting.
Dengan pengetahuan ini, beliau menunjukkan pula bahawa gaji, ataupun Wage Fund yang diperuntukkan kepada rakyat merangkumi bahagian yang paling besar dari pendapatan negara.
Dan disebabkan inilah beliau membuat konklusi bahawa rakyat perlu memberi sedikit dari pendapatan mereka untuk membiayai askar.
Dari sinilah juga terbit sistem kasar Taxation.
Bila dikaji dan dikaji, ternyata modelnya salah. Tapi disebabkan sudah 'digunapakai' oleh masyarakat, maka mass public sedia 'meneruskan' corak pemerintahannya dengan bersetuju untuk membayar cukai, walaupun model Petty sebenarnya salah.
Apabila satu pengetahuan itu disampaikan, maka tujuan pengetahuan itu mula-mula wujud akan seolah-olah 'diterima' oleh umum.
2.
Thomas Mun.
Beliau merupakan antara tokoh yang bekerja dengan Syarikat hindia TImur Inggeris.
Sewaktu zamannya, kepercayaan bullionism masih berleluasa. Semua emas hendaklah dikumpul, dan segala barang tidak boleh dibeli dari luar negara, kerana ini akan menjejaskan kuantiti emas dalam negara. Barang hanya boleh dieksport, bukan diimport.
Disebabkan kepercayaan ini, perdagangan antara negara pada waktu itu sangatlah minimum.
Akibatnya, SHTI agak sukar untuk terus berkembang.
Pada waktu inilah Thomas Mun membuat satu 'penemuan pengetahuan' dengan membuktikan bahawa perdagangan akan lebih menguntungkan, dan sebenarnya boleh menggandakan bullion sesebuah negara. Beliau menunjukkan bagaimana satu barang yang diimport boleh dijual dengan harga yang lebih mahal, dan barang-barang yang tidak didapati di satu negara boleh didapati dngan mengimport.
Secara tak langsung, Thomas Mun menidakkan konsep asas bullionism yang mengatakan perdagangan tidak menguntungkan negara. Pengetahuan dulu diganti dengan pengetahuan yang baru. Bukti=Pengetahuan tidak kekal.
3.
Physiocrats, Francois Quesnay.
Doktrin baru ini pula menggantikan fahaman Bullionist secara keseluruhan. Idea 'merchantilism' Thomas Mun juga dikatakan salah.
Physiocrat dengan diketuai F.Quesnay menggunakan Economique Tableau untuk menunjukkan bahawa market dibahagi kepada 2, yakni fertile production and productive production.
Semua bidang ekonomi yang tidak berasaskan agriculture adalah dianggap fertile, ataupun tidak elok(baca:mandul, tak berganda). Ini kerana setiap aktiviti ekonomi selain agriculture hanya akan menggunakan apa yang telah dihasilkan oleh bidang agriculture, dan jumlah produk tidak berganda. Hanya pertanian dan sbagainya sahaja yang menyebabkan output berganda, dan output inilah yang dikatakan 'kekayaan', dan bukannya bullion lagi.
Physiocrat adalah satu fahaman yang dikatakan juga berunsurkan spiritual, kerana keprecayaan mereka adalah untuk sesuatu itu menjadi produktif, perlu ada 'bantuan dari tanah', kerana tanah adalah seolah-olah berkuasa.
Sekali lagi, pengetahuan DIGANTI dengan pengetahuaan yang baru.
akibatnya, selepas zaman Quesnay, pertanian menjadi sektor ekonomi UTAMA, dan semakin banyak la orang-orang kafir jahiliah yang mnyembah pokok, kerana katanya pokok wakil tuhan(tanah) ke bumi. Ada pula yang sembah matahari dengan lebih aktif kerana katanya matahari lebih berkuasa.
Kesan pengetahuan:sebab pengetauan terbit akan mempengaruhi org yg belajar pgtahuan itu.
Nak aku teruskan lagi ke? atau dah penat?
Ada lagi Walras,(Marginalist) Bentham(utiliarism) Adam Smith(free market) David Ricardo(labour theory), KarlMarx(socialism) dan Alfred Marshall(price)
buku untuk module History Of Economic Thought Banyak kan?
hahaha... tapi basically semua ni adalah pendapat, pandangan, dan kepercayaan yang depe pegang, disebabkan masalah yang ingin depa selesaikan.
Contoh, sapa nak tengok bulan, pandang atas.
Mungkin betul untuk satu-satu masa, tapi kalau ada awan tebal?
macam mana kalau waktu tu hujan?
kalau anak bulan? kalau orang buta?
banyak sangat masalah yang berbeza. 'pengetahuan' yang mereka sediakan mungkin betul untuk satu atau dua masalah. yang lain2 macam mana?
Sayangnya aku pon dah penat. Kalau tak nak jugak tules pasal ke'hebat'an science.
tp long story made short, apabila sesuatu itu dapat dikaitkan dengan logik akal, serta matematik, maka secara teori, ia adalah sains(must be reproducible via mathematical theory) and as such is TRUE.
itulah antara sebab kenapa Alfred Marshall tak sabar-sabar nak wujudkan sistem 'price'. kenapa Walras ngan bentham buat utility function, marginalism views etc.
sebab nak integrate mathematic into economics.
dalam zaman Alfred Marshall, economics yang asalnya adalah 'social inquiry' dah bertukar menjadi 'social science', and secara tak langsung bertukar daripada 'pendapat', kepada fakta, daripada mitos dongeng, kepada kenyataan.
daripada pengetahuan kepada ilmu.jadi, macam mana? setuju tak kalau saya cakap kita sebenarnya sangat kurang Ilmu?
yang banyak, pendapat orang.
Saidina Ali pernah berkata kepada seorang yang bernama Kamil : "Wahai Kamil ilmu itu baik dari harta kerana ilmu menjaga kamu sedangkan harta kamu yang menjaganya. Ilmu menjadi hakim sedangkan harta dihukumkan atasnya dan harta semakin berkurangan dengan dibelanjakan sedangkan ilmu semakin bertambah apabila diamal dan digunakan." Saidina Ali berkata lagi : "Tiadalah kebanggaan yang sebenar melainkan bagi orang-orang yang berilmu kerana mereka sentiasa berada di atas jalan hidayah, mereka menunjukan jalan hidayah kepada orang-orang yang memintanya. Memadailah ukuran bagi setiap seseorang itu kebaikan yang dilakukan sedangkan orang yang jahil tetap memusuhi orang-orang berilmu. Maka rebutlah kesempatan menunut ilmu supaya kamu dapat hidup selamanya kerana hakikatnya manusia semuanya mati sedangkan ahli-ahli ilmu akan terus hidup."credit:
linkjadi persoalan emas saya, kalau ada satu sistem perbankan Islam, walaupun die tak terjamin untungnya(mengikut pengetahuan manusia la. Bukan Ilmu Allah) adakah ianya tidak cukup baik untuk meninggalkan sistem Perbankan convensional yang terjamin keuntungannya*?
*untung dan rugi yang dimaksudkan adalah berdasarkan pengetahuan manusia.
Kalaulah kita tengok, luas2.
entah2 sistem perbankan yang Islam anjurkan adalah lebih untung* daripada sistem perbankan konvensional?
*berdasarkan Ilmu Allah
siapa tahu?
Sekarang orang banyak persoalkan tentang 'welfare' atau kebajikan dalam satu-satu ekonomi.
Kononnya teori tangan lutsinar Adam Smith tidak memberi kebajikan yang sepatutnya.
Siapa suruh ikut 'pengetahuan' Adam Smith?
lol~
Allahu'Alam.
*PS:Sejarah itu penting. Kalau dalam Quran pon Allah ceritakan sirah umat-umat terdahulu, apatahlagi dalam kehidupan seharian~~